BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Uncharted 4: A Thief’s End – Pengakhiran Nathan Drake

Uncharted 4: A Thief’s End dikeluarkan pada May 2016.
Platform: PS4
Penerbit: Naughty Dogs

Berbaloi Tak Uncharted 4: A Thief’s End ni?

Kami bagi 5/5 – Pengakhiran yang perfect dan memuaskan. Memberikan pemain pengalaman yang tak dapat dilupakan.

uncharted 4 cover

Mampukah Uncharted 4 mengatasi siri-siri yang sebelum ini? Naughty Dog kembali lagi dengan siri terbaru mereka dalam frachise Uncharted ini. Sejujurnya, Naughty Dog tidak pernah menghampakan. Mereka telah dicalonkan Game of The Year pada 2013 bagi game The Last of Us. Uncharted 4 ini hanya boleh di main pada PS4 sahaja.

Story Mode Uncharted 4

Jalan cerita Uncharted 4 lebih fokuskan hubungan peribadi antara Nathan Drake dengan keluarga dan rakannya. Starting game ni adalah antara starting yang best antara siri Uncharted yang lain. Ia dimulakan dengan penuh aksi di tengah-tengah lautan yang dipenuhi ombak yang kuat dalam cuaca yang sangat mengerikan. Drake dan abangnya, Sam sedang melarikan diri dari kapal-kapal penjahat. Permulaan game ini akan membuatkan gamers terikat di tempat duduk serta mendatangkan rasa thrill dan suspend sepanjang mereka main game ini.

uncharted story campaign

Game ini terbahagi kepada beberapa chapter yang berkait antara satu sama lain. Setiap chapters mempunyai ceritanya tersendiri tetapi akan berkait dengan chapter seterusnya. Jadi gamers perlu tumpukan perhatian dan tidak leka dalam setiap cutscenes. Characters dalam game ni juga akan communicate antara diorang ketika gameplay. Kadang-kadang ada cerita yang menarik yang diorang akan kongsikan. Players tidak akan rasa bosan dengan setiap cutscenes sebab conversation antara characters macam movie Hollywood! Ini membuatkan players menghayati setiap characters dan memahami matlamat mereka masing-masing.

Uncharted memang terkenal dengan lokasi-lokasi yang menarik dan membuatkan players berangan untuk pergi ke tempat macam tu in real life. Hahahaha.. tapi serious, memang nampak unik dan lawa!

Characters Dalam Uncharted 4

Uncharted 4 kembalikan watak-watak yang familiar daripada siri ini seperti, Nathan Drake, Sully dan Elena. Watak-watak adalah sangat penting dalam siri ini. Kita kenal mereka dari siri pertama uncharted hinggalah ke sekerang. Perwatakan mereka masih sama tetapi, Uncharted 4 menunjukkan hubungan yang lebih mendalam antara mereka. Ia seolah-olah kita menonton filem drama adventure di TV! Watak mereka berasa sangat hidup dan mampu menarik gamers untuk lebih menghargai dan berasa simpati terhadap mereka.

uncharted sam character

Uncharted 4 juga memperkenalkan kepada watak baru seperti Sam Drake, Rafe dan Nadine. Sam adalah abang kepada Nathan Drake. Sam membawa watak seperti abang yang ‘badass’. Dia ada style tersendiri dari segi perwatakan dan kelakuannya. Hubungan antara Sam dan Nathan adalah  tumpuan utama dalam game ni.

Uncharted membawa gamers untuk merasa sendiri pengembaraan yang kita perlu tempuhi di dalam game ni seperti kita yang sedang berada dalam game!

uncharted 4 combat

Action dan Combat

Aksi-aksi dalam siri Uncharted tak pernah berada dalam konteks kecil dan tidak pernah menghampakan. Tetapi mereka keep it simple tetapi berkesan dan hasilnya sangat memuaskan. Aksi ketika Nathan menolong Sam daripada dikejar oleh sekumpulan penjahat. Gameplay dan combat ketika aksi tersebut berjalan dengan smooth dan mereka terpaksa menghadap daripada satu masalah ke masalah yang lain.

Combat dengan penjahat pula rasa sangat memuaskan dengan getaran controller pada setiap hentakan dan tembakan daripada weapon. Interaksi antara players dan penjahat berasa lebih realistic berbanding siri Uncharted sebelum ini. Korang bolehlah usha dulu video ni

Apa Yang Bagus?

  • Story yang memberi penutup yang sangat berkesan
  • Combat yang realistic dan memuaskan
  • Ending yang memberi impak kepada players dan characters dalam game

Apa Yang Tak Bagus?

  • Kadangkala combat berasa berulang ulang

Setiap player PS4 perlu dapatkan game ni dan enjoy main dari awal sampai habis tanpa henti. Memang sangat berbaloi walaupun selepas ulang banyak kali!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More