BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Ultraman Ribut – Dari Animasi Upin & Ipin Ke Aksi Live

Malaysia kini boleh berbangga apabila watak salah satu watak ciptaan Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque), Ultraman Ribut, diterima menjadi anggota terbaru keluarga Ultraman Jepun.

Watak ciptaan Ainon Ariff, Ketua Pengarah Isi Kandungan Les’ Copaque, membuat kemunculan pertama dalam siri animasi berjudul Upin & Ipin dan Ultraman Ribut iaitu episod 25 hingga 27 pada musim ke-8 pada tahun 2014.

Kemudian sekali lagi dalam episod 28 hingga 30 pada musim ke-9 Upin & Ipin sebelum membuat penampilan ‘live’ pertamanya di dalam siri Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes pada tahun lepas.

Kini dianggap setara di kalangan pahlawan, Ultraman Ribut memainkan peranan utama dalam siri Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy bersama Ultraman-Ultraman lain termasuk Ultraman Max, Zero, Taiga, Z (Zett), 80, Mebius, Great, Powered, Grigio dan ramai lagi dalam usaha mereka untuk mengalahkan penjahat Absolute Tartarus.

ultraman ribut

Tsubaraya Production baru-baru ini melancarkan siri baru di YouTube berjudul Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy yang berlangsung selama 12 minit setiap episod.

Tayangan perdana siri ini baru sahaja dikeluarkan di Youtube pada 22 Nov lepas dan episod keduanya akan keluar esok.

Dalam episod pertama ini, Ultraman Ribut bersama-sama Ultraman Max merasakan kehadiran sesuatu yang pelik di planet Mikarito. Mereka dapati planet itu melalui proses penuaan yang terlalu cepat. Semasa menyiasat mereka telah diserang. Semasa Max cuba mempertahankan Ribut, dia telah ditangkap. Ribut ingin terus melawan tetapi Max telah mengarahkannya untuk berundur untuk mengelakkan dari kedua-dua mereka ditangkap dan melaporkan apa yang telah berlaku.

Sebut saja nama Ultraman, mereka yang dibesarkan pada tahun 80-an dan 90-an akan terus mengenali pahlawan dari The Land of Light di Nebula M78 ini

Kalau kau tak kenal, nampaknya kau ni muda sangat dan mungkin terlepas musim ke-8 Upin & Ipin.

Ultraman Ribut – Buatan Malaysia

Apa yang menarik tentang Ultraman Ribut selain dari asal-usulnya di Malaysia adalah gaya pertempurannya. Gaya pertempuran Ultraman Ribut berdasarkan kepada Pencak Silat iaitu gaya seni mempertahankan diri tempatan.

Ciptaan Malaysia, nama Malaysia dan gaya pertempuran Malaysia.

Siapa tak bangga?

Sama ada kau peminat atau tidak, kita semua boleh bersetuju bahawa Ultraman Ribut dengan aksi pertempuran Silat Malaysia memang cool!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More