Trailer Pelancaran Call of Duty: Modern Warfare
Game Call of Duty: Modern Warfare ini tidak akan ada nombor pada tajuknya. Ini ialah kerana game ini bukannya sambungan dari siri sebelumny tetapi ia adalah sebuah reboot.
Baru-baru ini Activision telah kongsikan trailer pelancaran Call of Duty: Modern Warfare.
Masih kedengaran lagu Enter Sandman Metallica yang sedikit berbeza dari trailer multiplayer sebelum ini di belakang letupan kenderaan dan helikopter.
Call of Duty: Modern Warfare – Story Trailer
Sebelum itu, pada hujung bulan lepas, sebuah trailer cerita juga telah dikeluarkan.
Seperti apa yang kami telah katakan sebelum ini, game ini tidak nampak terlalu futuristik ataupun seperti WWII. Ia kelihatan just nice untuk zaman ini.
Kita dapat melihat lebih banyak aksi Kapten Price dalam trailer ini bersama-sama seorang karakter perempuan bernama Farah Karim.
Apa yang kami dapat tangkap dari trailer tersebut ialah pihak British dan Amerika berkerjasama dengan pihak militan di sebuah negara fictional bernama Urzikstan untuk manjatuhkan sebuah organisasi pengganas.
Tetapi, kenapa perlu cipta negara fiksyen seperti Urzikstan sedangkan pihak barat masih lagi British dan Amerika.
Takpelah, kita tunggu jer sehingga 25 Oktober 2019.