woody toy story 4

Toy Story 4 – Pixar Menang Lagi!

Gamers kental pun layan Toy Story 4? Ya, kalau kau telah membesar dengannya dan juga bermain dengan game yang berkaitan dengan Toy Story, sudah tentu.

poster filem toy story 4

10 tahun selepas kejadian dalam Toy Story 3 (2009), Pixar kembali lagi dengan kejutan baru, Toy Story 4. Ramai yang tertanya, kenapa buat lagi satu Toy Story setelah hampir sedekad tak buat? Haaa.. korang akan terkejut betapa prihatin dan terperincinya Pixar menceritakan sebuah story yang baru dan still mampu untuk atasi cerita Toy Story yang sebelum ni.

Apa Kisahnya Toy Story 4 ni?

Macam biasa, Toy Story 4 masih menceritakan pasal Woody, Buzz and the gang. Tapi kalini diorang bukan lagi dengan Andy. Kalau korang masih ingat, Andy dah berikan tanggungjawab untuk menjaga permainannya kepada budak kecil bernama Bonnie. Nak jadikan cerita, setelah sekian lama Woody dan gang-nya tinggal dengan Bonnie, Woody makin lama makin kurang mendapat perhatian. Dia rasa kecewa dan sedih sebab dah lama dah Bonnie tak main dengan dia. Sampai lah satu hari bila Bonnie masuk tadika, Woody ikut senyap-senyap. Dia tolong Bonnie hasilkan satu mainan baru dari barang-barang yang dia kutip dari sampah, hahahaha.. Secara tak sengaja, dia dah cipta satu mainan yang hidup bernama, Forky. Dari situ la adventure-nya bermula!

Cerita memang lawak dari awal sampai habis. Biasalah cerita budak-budak. Tapi ada maksud dan pengajaran yang tersirat disebalik semua yang berlaku. Jalan cerita dia memang bagus. Takde part yang buat kita mengantuk or rasa dragging. Semuanya dalam pacing yang nice. Cerita ni ada juga unsur-unsur suspen dan misteri bila Woody dan Forky pergi singgah satu kedai antik ni. Masa tu, diorang berdua sedang mencari Bonnie sebab Forky nak larikan diri. Dalam kedai tu, dia terjumpa dengan character baru yang mencurigakan iaitu, Gabby Gabby.  

Mula dari situ, Woody dan Forky lalui macam-macam halangan untuk kembali ke Bonnie. Woody juga meet up secara kebetulan dengan kawan lamanya, Bo Peep. Bo juga ada beberapa kawan yang lain seperti, Officer Giggle McDimples dan Duke Kaboom!, yang disuarakan oleh Keanu Reeves!

Pada ketika itu, Buzz pula plan nak tolong Woody dan terjumpa dengan character baru juga, Ducky dan Bunny.  Diorang pula disuarakan oleh Jordan Peele and Keegan-Michael Key. Setiap scene yang ada dua orang memang pecah kepala!

Lawak gila!

Storytelling cerita Toy Story 4 ni, banyak bagi kita pengajaran. Lagi-lagi dari sudut Woody yang setia dan berpegang teguh dengan tugas dia untuk untuk sentiasa bersama dengan pemiliknya, dari Andy hinggalah ke Bonnie. Pixar memang pandai mengolah cerita yang membawa maksud dan harapan yang positif kepada semua penonton, tak kira kecil mahupun dewasa. Memang A+ laa aku bagi kat Pixar dan Disney in terms of storytelling dan pengajaran dari cerita diorang.

Satu lagi aku nak puji ialah animation dalam cerita ni. Animation dari Pixar memang makin power dari tahun ke tahun. Tapi yang nampak lawa and detail adalah bermula dari cerita The Incredibles 2 (2018). Korang bayangkan, detail benang yang tereluar dekat baju pun korang boleh nampak jelas. Dalam cerita Toy Story 4, animation dia memang lagi terperinci. Benang, jahitan dan texture plastik dekat mainan pun boleh nampak real. Level of detail yang animators diorang usahakan memang aku tabik la. Good job guys!

Overall, cerita ni memang fun and best sangat. Toy Story 4 memang memberi kita pengajaran supaya move on dan tak semua benda akan kekal sama sampai bila-bila. Memang boleh rekomen korang tengok cerita ni dekat wayang supaya korang boleh terpegun dengan animation cerita ni. Lagipun sound system dekat wayang boleh buat korang rasa lagi feel bila tengok cerita ni. Lagi-lagi part last tu. Memang boleh buat orang dewasa menangis. Tambah pula aku ni hati tisu haihh..

Berbaloi ke tak Toy Story 4 ni?

Kami bagi 4.5/5 – Storytelling yang bernas dan animation yang superb!

Senarai games Toy Story

Selain filem, watak-watak di dalam Toy Story banyak digunakan dalam game. Aku pernah main Disney Infinity yang dikeluarkan pada Ogos 2013. Pada masa itu dimainkan pada konsol PS3. Watak-watak Toy Story yang boleh dimainkan ialah Buzz Lightyear, Jessie dan Woody. Umur masa tu, boleh main sebagai watak dalam filem yang diminati, memang best.

Senarai di bawah diperolehi dari wikipedia

  • Toy Story (1995)
  • Disney’s Activity Center: Toy Story (1996)
  • Disney’s Animated Storybook: Toy Story (1996)
  • Disney’s Activity Center: Toy Story 2 (1999)
  • Toy Story 2: Buzz Lightyear to the Rescue (1999)
  • Toy Story 2: Woody Sousaku Daisakusen!! (2000) – yang ni untuk pasaran Jepun sahaja
  • Buzz Lightyear of Star Command (2000)
  • Jessie’s Wild West Rodeo (2001)
  • Toy Story Racer (2001)
  • Disney Hotshots: Toy Story 2 (2003)
  • Toy Story 2: Operation Rescue Woody! (2005)
  • Toy Story Mania! (2009)
  • Disney•Pixar Toy Story 3 (2010)
  • Toy Story 3: The Video Game (2010)
  • Shooting Beena: Toy Story 3 – Woody to Buzz no Daibōken! (2010) – yang ni juga untuk pasaran Jepun sahaja
  • Toy Story: Smash It!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *