BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Tinggal 4 Hari Untuk Dapatkan GTA V Premium Edition Secara Percuma

Kali ini kau akan dapat GTA V Premium Edition dari Epic Games. Wow! kan. Tinggal 4 hari sahaja lagi, jangan lengah.

Nah. Ini pautannya. GTA V Premium Edition.

Grand Theft Auto V yang dikeluarkan hampir 7 tahun lepas oleh Rockstar Games pada September 17 2013, masih lagi diminati. Terutamanya kerana GTA Online nya yang sangat popular.

Perhatian! Kau bukan hanya dapat GTA V, tapi kau akan dapat The Grand Theft Auto V: Premium Edition. Adakah ini bermakna Grand Theft Auto VI akan keluar tak lama lagi?

gta v premium edition

Dengan GTA V Premium Edition ini kau akan dapat pengalaman cerita GTA V yang lengkap dan juga akses percuma ke Grand Theft Auto Online.

GTA Online ni sentiasa berkembang. Sudah pasti kau tak akan bosan. Dengan tawaran ini kau juga akan dapat semua peningkatan dan kandungan permainan yang ada termasuk The Doomsday Heist, Gunrunning, Smuggler’s Run, Bikers dan banyak lagi.

Kau juga akan dapat Criminal Enterprise Starter Pack, kaedah terpantas untuk memulakan empayar kejahatan kau di Grand Theft Auto Online. Bersedialah juga untuk menghabiskan lebih 40 jam hidup kau ke dalam permainan ini.

Menurut Epic Games, bonus tunai $1,000,000 yang datang sekali dengan Criminal Enterprise Starter Pack dalam edisi premium ini mungkin mengambil masa 7 ke 10 hari untuk masuk ke akaun kau selepas sesi pertama di dalam GTA Online.

Akaun game ya, jangan pergi periksa di ATM pulak.

Mungkin dengan USD 1 juta tu kau boleh buat kenduri kahwin yang lebih grand dalam GTA V seperti yang dilakukan oleh mereka ini. Siap berpantun dan bersilat lagi.

Selain dari 1 juta dolar yang kau akan dapat dengan Criminal Enterprise Starter Pack, ia juga datang dengan:

Hartanah

  • Maze Bank West Executive Office
  • Paleto Forest Gunrunning Bunker
  • Senora Desert Counterfeit Cash Factory
  • Great Chaparral Biker Clubhouse
  • 1561 San Vitas Street Apartment
  • 1337 Exceptionalists Way 10 Car Garage

Kenderaan

  • Dune FAV
  • Maibatsu Frogger
  • Enus Windsor
  • Obey Omnis
  • Coquette Classic
  • Turismo R
  • Pegassi Vortex
  • Huntley S
  • Western Zombie Chopper
  • Banshee

Senjata, Pakaian dan Tatu:

  • Compact Grenade Launcher
  • Marksman Rifle
  • Compact Rife
  • Stunt Race & Import / Export Outfits, Biker Tattoos

Kalau tak tahu macam mana nak muat turun permainan ini, rujuk artikel kami yang bertajuk 5 Langkah Untuk Muat Turun Permainan Komputer Percuma Dari Epic Games sebelum ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More