Thor 4 Akan Datang!
Taika Waititi telah dipanggil lagi untuk menulis dan mengarahkan filem Thor terbaru, Thor 4. Pelakon asal Thor, Chris Hemsworth juga akan kembali memainkan watak Thor.

Thor: Ragnarok (2017) merupakan filem Thor yang ketiga. Filem tersebut diarahkan oleh Taika Waititi. Thor: Ragnarok merupakan filem Thor yang mendapat sambutan yang sangat mahsyuk! Terbukti yang Taika Waititi punya cara menggabungkan aksi dan lawak jenaka ke dalam filem Marvel, berkesan! Disebabkan sambutan yang sangat mahsyuk, sudah tentu penerbit dari Marvel Studios nak panggil Taika Waititi untuk mengarah filem Marvel lagi.
Filem Thor yang sebelumnya seperti Thor (2011) dan Thor: The Dark World (2013) tidak mengecewakan tetapi malangnya Thor: The Dark World telah mendapat sambutan dan rating yang rendah. Mungkin disebabkan oleh style Taiki Waititi mengarahkan filem Thor dan memberi karakter Thor ciri-ciri ataupun perwatakan yang memberi kelainan dari filem sebelumnya, membuatkan orang ramai mula minat dengan karakter Thor dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
Chris Hemsworth Akan Kekal Jadi Thor
Chris Hemsworth juga ada kata yang dia akan terus mainkan watak Thor selama mana pun. Jadi, tak menjadi masalah buat Marvel untuk cari pelakon Thor yang baru. Serious la nak gantikan Chris Hemsworth? Mamat tu perfect siot untuk jadi Thor!

Walau bagaimana pun, karakter Thor telah berubah dari segi mental dan fizikal semenjak peristiwa Endgame. Kalau korang dah tengok Avengers: Endgame, kan Thor jadi (SPOILER!) gemuk? Oleh sebab tu, mereka memberi nama baru iaitu, Bro Thor. Ramai peminat Thor yang berpecah belah sebab ada yang terima Thor menjadi gemuk dan ada juga yang tak. So, buat masa ni, aku tak tahu karakter Thor dalam filem yang keempat ni macam mana rupa dia