BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

The Wolf Among Us dan The Escapist Percuma Di Epic Games Store

The Wolf Among Us dan The Escapist ditawarkan secara percuma Di Epic Games Store sehingga 20 Dec 2019.

Games percuma The Wolf Among Us dan The Escapist dari epic games store

The Wolf Among Us

The Wolf Among Us dibangunkan oleh Telltale Games adalah sebuah permainan thriller yang agak matang dan ganas berdasarkan buku komik Bill Willingham, Fables, keluaran DC Comics/Vertigo.

The Wolf Among Us datang dengan 5 episod

  • Episode 1: Faith
  • Episode 2: Smoke & Mirros
  • Episode 3: A Crooked Mile
  • Episode 4: In Sheep’s Clothing
  • Episode 5: Cry Wolf

Permainan The Wolf Among Us ini dikeluarkan pada November 2013 dan ia telah diberikan rating 8/10 oleh Gamespot.

Bentuk permainannya sama seperti Batman – The Telltale Series, permainan yang diberikan percuma untuk pelanggan PS Plus pada Januari 2018. Setiap keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada jalan cerita permainan.

Tak ramai yang suka bentuk permainan siri Telltale ini. Tetapi, memandangkan ia diberikan percuma, apa kata kau cuba try.

The Escapist

The Escapist pula dikeluarkan pada Februari 2015. Ia adalah permainan strategi yang memerlukan kau melarikan diri daripada penjara.

Permainan ini menggunakan grafik gaya 16-bit dan dimainkan daripada pandangan atas.

Tunggu apa lagi, game free. Muat turun di Epic Games Store. Kau hanya perlu daftar dan muat turun Epic Games Launcher sebelum muat turun kedua-dua permainan tersebut.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More