BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

The Witcher Akan Keluar Di Netflix

Kalau korang minat game seperti Skyrim dan layan cerita fantasy seperti Game of Thrones, korang mesti pernah dengar mengenai The Witcher. Siri terbaru ini akan dikeluarkan di Netflix pada hujung tahun 2019 ini.

witcher cover

Apa Itu The Witcher?

The Witcher asalnya daripada buku terbitan Andrzej Sapkowski yang kemudiannya dijadikan sebuah game konsol dan PC yang diterbitkan oleh CD Projekt Red yang sekarang ni sedang menghasilkan game baru, Cyberpunk 2077 yang telah diumumkan pada tahun 2012. Antara game The Witcher yang korang patut tahu adalah seperti:

  • The Witcher (2007)
  • The Witcher 2: Assassins of Kings (2011)
  • The Witcher 3: Wild Hunt (2015)

The Witcher ni berlaku di dunia fantasi zaman medieval dan mengikuti pengembaraan Geralt of Rivia, salah satu daripada beberapa pemburu raksasa yang mempunyai kuasa ghaib, yang dikenali sebagai Witchers.

Game The Witcher ni berasaskan genre role-playing games (RPG) iaitu, korang kena pilih untuk apa yang akan berlaku ketika main game dan setiap pilihan korang akan tentukan cara permainan game tersebut. Ia juga sebuah game open world yang membolehkan pemain untuk jelajah satu peta secara bebas dalam game tersebut. Sama seperti game Skyrim.

Henry Cavill Adalah Geralt!

Netflix telah mengumumkan yang mereka akan keluarkan versi Game of Thrones mereka, The Witcher. Henry Cavill yang memainkan watak Superman dalam Man of Steel (2013) dan Batman v Superman (2016) akan memainkan watak Geralt of Rivia.

henry cavill witcher

Henry Cavill adalah peminat tegar game The Witcher dan memainkan watak Geralt adalah ‘mimpi yang menjadi kenyataan’ seperti yang dikatakan oleh beliau. Teaser trailer pertama untuk Netflix’s The Witcher telah pun dikeluarkan secara rasmi ketika San Diego Comic-Con 2019 (SDCC) yang sedang berlaku sekarang. Korang boleh tengok dulu teaser tersebut dibawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More