The Division Masih Berbaloi Ke?

The Division telah dikeluarkan pada tahun 2016. Masih berbaloi ke game ni sekarang? Jawapannya, Ya! Kenapa? Haaa meh sini nak bagitahu.
The Division ni game pasal satu virus yang tercemar di New York. Jadi, macam-macam pemberontakan dan peperangan berlaku sebab semua orang rasa takut dan berusaha nak cari vaksin. Pasukan tentera dan polis tak dapat bertahan antara diorang je. Jadi pasukan Division ni diaktifkan bagi mendapatkan semula New York City. Dari situ lah game ni mula. Game ni memang sepenuhnya menggunakan online network. Pastikan korang punya internet kat rumah tu mantap tau.

Game ni berasaskan third-person shooter. Korang boleh ubah suai character korang bila-bila masa. Ada berlambak customizations yang korang boleh cuba. Jadi korang boleh ubah-ubah character korang mengikut situasi. Game ni juga berasaskan RPG mode. Inventory kena selalu check sebab ada macam-macam benda yang korang kena ambil tahu seperti weapons, gears, skills, perks dan juga appearance korang. Sebab ni jugalah korang takkan jemu main game ni sebab macam-macam barang korang boleh cari dan kumpul.
New York City adalah sebuah bandar yang besar. The Division mampu mencipta sebuah bandar yang hidup dan ala-ala ‘apocalyptic’. Setiap detail dalam game ni sangat lawa dan rasa ‘real’. Kadang korang takyah susah payah fikir pasal mission. Pergi je jalan-jalan ke seluruh Manhattan dan enjoy scenery dia.
Weapon ada pelbagai jenis dan boleh tambah macam-macam jenis attachment. Korang juga boleh set loadouts untuk weapons dan gears tertentu dan pilih je. Tak perlu susah-susah tukar banyak kali weapons dan gears korang.

Mission dalam game ni memang banyak. Bila dah habis, ada je lagi. Kadang rasa macam tak berhenti. Korang boleh main dengan squad maximum 4 orang or korang boleh gerak solo. Setiap district ada level enemy tertentu yang bersesuaian dengan level character korang. Keburukannya, enemy dalam game ni susah nak mati. Kadang 2 ke 3 magazines untuk bunuh sorang je. Tapi tak perlu risau sebab peluru weapon memang banyak dan takkan habis.
Game ni masih berbaloi untuk main sampai sekarang. Players pun still ramai dan server pun bagus. Lagipun, untuk Playstation Plus members, game ni free untuk bulan Januari 2019. Korang boleh enjoy klip dari game Division pada Youtube Channel kami, Budak Gamer.
Dah baca ulasan The Division 2 kami?