BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Tom Clancy’s The Division 2 Memang Best

The Division 2 adalah satu-satunya game askar yang aku banyak habiskan masa bermain pada tahun ini. Kalau dah lebih 5 hari 11 jam dan 26 min, atau hampir 132 jam bermain, sudah semestinya aku berasa puas dengan duit yang telah dibelanjakan kepada game ini.

Itu tak masuk lagi misi-misi baru yang dimasukkan. Setakat ini sahaja dah ada Episode 1 dan Episode 2, manakala Episode 3 belum diumumkan tarikh keluaran. Semua Episode baru akan datang dengan peta & kawasan baru.

Tom Clancy's The Division 2
Tom Clancy’s The Division 2

Sony membuat keputusan yang tepat semasa memberikan game The Division sebagai game percuma pada Jan 2019. Ia datang pada masa aku dah tak ada apa game yang nak dimainkan. Terus jatuh cinta pada tembakan pertama dan teruja pada masa itu sambil menantikan The Division 2 yang dikeluarkan pada Mac 2019.

The Division 2, permainan looter shooter yang dibangunkan oleh Massive Entertainment dan diterbitkan oleh Ubisoft ini dikeluarkan pada March 2019.
Platform: PS4, Xbox One, PC
Penerbit: Ubisoft

Berbaloi Tak The Division 2 ni?

Kalau dibanding dengan shooter game atau game askar yang aku main sebelum The Division 2 iaitu Destiny 2 dan Call of Duty: Infinite Warfare, game ini memang jauh lebih baik dan amat berbaloi.

Secara keseluruhannya, lagi lama main The Division 2, lagi puas, tetapi aku hanya bagi 4.25/5 untuk game ini. Kalau tidak kerana tidak puas hati dengan Dark Hours Raid di Washington National Airport, permainan ini aku berikan markah penuh.

Yang Baik Mengenai The Division 2

  • Setiap misi mempunyai cerita yang menarik, walapun jalan cerita keseluruhan tak best sangat.
  • Sistem loot nya tidak membosankan.
  • Sistem dunia terbuka dengan kebebasan memilih misi.
  • AI musuh semakin bagus bila ranking ejen makin tinggi. Cara musuh menyerang pun lebih tersusun dan berbeza dengan setiap peningkatan
  • Sistem naik taraf senjata yang canggih
  • Terasa peningkatan selepas setiap peningkatan pangkat.

Yang Tak Best Mengenai The Division 2

  • Agak bosan kalau main seorang diri.
  • Sekutu awam yang tak boleh diharap. Lebih baik main sorang atau dengan ejen-ejen lain.
  • Dark Hours Raid yang mengecewakan dan agak sukar untuk diselesaikan.

Cerita Disebalik Game

The Division 2 adalah sambungan dari The Division yang menceritakan mengenai sekumpulan sleeper agent kerajaan Amerika, Strategic Homeland Division (SHD), yang diaktifkan pada saat berlakunya bencana.

Senjata biologi Green Poison yang menyerang New York pada musim sejuk lepas, juga telah tersebar di Washington DC dan mengakibatkan panik. Bandar tersebut menjadi sangat huru-hara ditambah lagi dengan kehilangan Presiden Amerika Syarikat.

Apabila rangkaian perhubungan SHD terpadam di sana, kau telah diarahkan untuk ke DC. Maka bermulalah kerja kau untuk menawan kembali the White House yang akan menjadi pangkalan operasi pemain. Fokus utama kau sebagai ejen SHD adalah untuk mengembalikan sambungan SHD Network dan juga membantu bandar itu untuk kembali terurus.

Sebagai seorang ejen, kau perlu berjuang membebaskan beberapa tempat penting dan melumpuhkan rangkain musuh sambil menaik taraf kelengkapan persenjataan diri. Yang menariknya mengenai The Division 2 ialah peta bandaraya Washington D.C. adalah peta sebenar dengan semua mercu tanda yang ada di sana.

Terdapat 3 puak musuh yang kau perlu tumpaskan untuk membebaskan D.C. iaitu True Sons, Outcasts dan Hyenas.

Tetapi, bila kau dah hampir membebaskan bandaraya tersebut … boom … muncul pula kumpulan Black Tusk. Black Tusk adalah sebuah organisasi tentera persendirian yang beroperasi dengan agenda yang tidak diketahui dan penuh dengan kerahsian. Mereka lebih berdisiplin dan mempunyai peralatan yang lebih canggih dan merupakan ancaman terbesar kepada semua ejen-ejen Division.

Bentuk Permainan

Bentuk permainannya memang mudah, pergi ke mana-mana misi yang tersedia untuk dimainkan, bunuh semua askar jahat dan rampas apa-apa sahaja yang boleh diambil. Naik taraf senjata, perisai dan kemahiran, dan selepas tu ke ulang semula apa yang kau buat tadi di misi yang seterusnya.

Kau boleh bermain seorang diri atau bersama dengan 3 ejen-ejen SHD yang lain.

Nampak macam berulang-ulang, tetapi dengan pelbagai jenis ancaman dan cara puak-puak pemisah itu menyerang, dengan tempat dan suasana yang perlu diambil kira dalam setiap misi, ia tidak membosankan.

Macam aku cakap tadi, selepas hampir berjaya setelah menawan semua kubu kuat ketiga-tiga puak dan membebaskan Washingthon D.C., hadir pula Black Tusk.

Pada masa ini, semua kejayaan kau akan di reset semula. Black Tusk muncul dan menawan semua tempat yang kau telah bebaskan. Kau masih bermain menggunakan peta yang sama, tetapi cara permainannya amat berbeza. Pihak musuh mula menggunakan senjata yang lebih canggih seperti robot anjing bersenjata yang boleh melancarkan bom dan kebolehan sniper. Musuh juga mula menggunakan dron yang akan meletup bila sampai dekat dengan kau. Cara mereka menyerang pun berbeza. Sebelum ni mereka serang dari depan sahaja, tetapi selepas level 30 mereka sudah pandai mengepung.

Peta pun nampak lebih bernyawa dari sebelum ini. Kau boleh lihat banyak pergerakkan pihak musuh menghantar sumber dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain, atau pun pergerakan mereka untuk menakluk semula titik kawalan yang kau baru jer berjaya bebaskan sebentar tadi.

Pada masa ini kau di bawa ke World Tier 1, dan tidak lagi menggunakan sistem level. Level 30 tadi akan digantikan dengan gear score dengan score maksimumnya 500. World Tier 1 juga akan berterusan ke World Tier 5.

Sistem Senjata

Division 2 menawarkan pelbagai jenis senjata, perisai dan gear yang boleh disesuaikan sepenuhnya ikut ciri-ciri yang kau suka. Ejen juga akan dikelengkapi dengan kemahiran atau alat-alat canggih yang boleh memberikan impak besar kepada ejen yang boleh mereka bawa ke medan tempur seperti dron penyerang, pelancar kimia, seeker-mine iaitu periuk api yang dibaling dan boleh mencari musuh secara automatik, dan lain-lain.

Setiap senjata dan peralatan ejen juga ada mod yang boleh meningkatkan lagi keupayaannya.

mod senjata
gear mod

Gambar di atas bukan sahaja menunjukkan yang senjata boleh dinaik taraf, tetapi keupayaan jaket perisai kau juga boeh ditingkatkan.

Ada lapan kemahiran yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga versi yang boleh membantu untuk kau menjadi ejen yang lebih efektif. Contohnya turet yang pada asasnya digunakan sebagai senapang automatik 360 darjah, boleh dinaik taraf sebagai flamethrower dan juga sniper. Terdapat juga Hive yang boleh memancarkan banyak robot mikro untuk menyerang musuh atau yang boleh digunakan untuk membaiki perisai ejen.

division 2 skills

Terdapat juga pengkhususan unik yang membolehkan kau mengembangkan lagi kebolehan kau. Kau ada pilihan untuk menjadi Survivalist, Demolitionist, Sharpshooter atau Gunner. Dan yang terbaru Technician.

Dark Hours Raid

Buat masa ni, cukuplah kalau aku katakan yang raid ini boleh dimainkan oleh 8 ejen sepasukan dan agak sukar dimainkan di konsol PS4.

The Dark Zone

Bahagian ni tak puas main lagi. Akan dikemaskinikan kemudian.

Sementara tu layan dulu video The Division 2 yang aku upload ke channel Youtube Budak Gamer.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More