The Division 2 Episode 1 – Menarik Juga Update Kali Ni
The Division 2 Episode 1 akan tiba sebagai kemas kini percuma untuk semua pembeli The Division 2 pada hari Selasa ini, 30 Julai 2019. Tarikh yang amat sesuai untuk menghabiskan masa di depan konsol PS4 masing-masing memandangkan hari tersebut ialah cuti umum.
Walau bagaimanapun, pembeli Year 1 Pass mempunya akses satu minggu lebih awal, pada 23 Julai 2019.
Setakat yang aku tengok tadi, aku masih ada 2 hari dan 3 jam sebelum boleh memainkannya.
The Division 2 telah menerbitkan video baru yang memberikan gambaran mengenai kesemua benda-benda baru tentang The Division 2 Episode 1.
Apa yang akan ada dalam The Division 2 Episode 1 ?
Menurut Fredrik Thylander, pereka utama Division 2, kemaskini Episode 1 akan mengandungi:
- 2 Misi Utama Baru – Misi-misi ini terletak di luar Washington DC iaitu di Manning National Zoo dan Camp White Oak. Setelah ejen-ejen Division berjaya mengambil alih Washington DC, sudah tiba masanya memburu Emeline Shaw dan melumpuhkan terus kan operasi pihak Outcast. Ejen-ejen juga berpeluang memburu Presiden Andrew Ellis yang telah mekhianati negaranya sendiri dengan berkerjasama dengan pihak Black Tusk.
- Expidisi – Dalam mod PVE, ejen akan dibawa ke Kenly College untuk mencari konvoi yang hilang. Ejen-Ejen berpeluang untuk menambah collectibles baru, bilik-bilik harta untuk dipunggah dan juga bos-bos baru yang unik yang sudah tentu mencabar kebolehan dan kemahiran masing-masing.
- 2 Classified Assignment Baru – Yang ni untuk pemegang Year 1 Pass sahaja. Nampaknya ejen macam aku tak boleh untuk mencuba misi di Central Aquarium dan NSA Site B13.
- Exotics dan Senjata baru – Di antaranya Diamondback Exotic Rifle, BTSU Exotic Gloves, Carbine 7 Assault Rifle dan Stoner Light Machine Gun.
Menuruk video di atas, secara keseluruhannya terdapat 12 kemaskini yang datang bersama Episode 1. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk Episode 1 Patch notes di website Ubisoft.
Benda Free yang Datang Sekali Dengan The Division 2 Episode 1
Menurut tweet The Division 2, sesiapa yang log masuk mulai 26 Julai sehingga 13 Ogos 2019 akan mendapat pakej penjagaan khas seperti berikut.
Aku dah cuba tadi. Bila dah login ke dalam game, kau perlu ke mana-mana kotak Stash. Buka dan pilih Mailbox dan kemudian pilih Grants dan pindahkan ketiga-tiga Care Package tersebut ke inventory dan buka di sana.
Walaupun begitu, apa yang diberikan percuma itu tak lah menarik kecualilahmisi-misi yang baru itu memang memerlukan penggunaan shot-gun. Tapi malang sungguh nasib aku kali ni apabila menerima 2 Gloves yang berbeza. Mungkinkah ia diberikan secara rawak.
Walaupun free, tak patutlah bagi sampai 2 sarung tangan.
Benci betul aku. Ni lah yang aku dapat:
- M870 Express Shot Gun
- Providence Defense Tactical Assault Gloves
- Murakami Industries ‘Yukage’ Fiream Gloves
Ketiga-tiga adalah jenis high-end dan mempunyai score rating 500.
Dah main The Division 2? Baca ulasan The Division 2 kami.
Walaupun cuti, episod 1 hanya boleh dimainkan pada jam 7 petang tadi.
🙁