BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Superman: Man of Tomorrow – Trailer Rasmi Eksklusif

Superman: Man of Tomorrow menampilkan Clark Kent sebagai pelatih di Daily Planet. Kisahnya adalah mengenai pencerobohan Lobo dan Parasite ke atas bandaraya Metropolis.

Sudah semestinya Superman akan bertemu dengan Lois Lane di Daily planet dan jika ada Lois Lane sudah tentu Lex Luthor pun ada.

Berbezanya dengan cerita origin Superman yang lain adalah penampilan Martian Manhunter pada permulaan hidupnya sebagai Superman. Terdapat mahluk asing lain selain dia dan bukan dia seorang sahaja makhluk asing di bumi.

Dari trailer yang dikeluarkan semalam, animasinya kelihatan baik. Dengan para pelakon yang mantap, pasti ramai peminat Superman akan menantikan filem ini.

Ikuti sneak peeknya di bawah.

Superman: Man of Tomorrow akan dibarisi oleh:

  • Darren Criss (The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story) sebagai Clark Kent/Superman
  • Zachary Quinto (Star Trek) sebagai Lex Luthor
  • Ryan Hurst (The Walking Dead) sebagai Lobo
  • Alexandra Daddario (Baywatch) sebagai Lois Lane
  • Brett Dalton (Agents of S.H.I.E.L.D.) sebagai Parasite
  • Ike Amadi (Mass Effect 3) sebagai Martian Manhunter
  • Neil Flynn (Scrubs) sebagai Jonathan Kent
  • Bellamy Young (Scandal) sebagai Martha Kent
  • Cristina Milizia (DC Super Hero Girls) sebagai Maya, Petey & Kaylie
  • Eugene Byrd (Bones) sebagai Ron Troupe
  • April Stewart (South Park) sebagai Mrs. Ross
  • Piotr Michael (The Adventures of Rocky and Bullwinkle) sebagai Perry White

Superman: Man of Tomorrow boleh diperolehi secara Digital, 4K, Blu-ray & DVD. Jualan belum dibuka, tetapi sudah boleh ditempah melalui Amazon.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More