Star Wars: The Rise of Skywalker – Habis Pun!
Setelah 40 tahun kita ikuti kisah Skywalker Saga ni, akhirnya kita dah sampai ke pengakhirannya. Tetapi masih ada peluang ke untuk menghasilkan trilogy baru?
Sejarah Star Wars
Star Wars telah mencipta sejarah kerana meraih peminat yang terbesar bagi sebuah filem sci-fi. Bermula dengan Star Wars Episode IV: A New Hope pada tahun 1977 yang telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa oleh peminat filem tersebut. Dari situlah bermulanya kisah Skywalker Saga yang berterusan sehingga ke hari ini.

Namun, kini Star Wars telah kembangkan cerita mereka dengan menambah pelbagai kisah lain yang berada dalam dunia Star Wars yang sama selain daripada Jedi dan Sith. Contohnya seperti siri animasi The Clone Wars (2008) yang merupakan siri Star Wars yang paling gempak dan juga siri animasi Rebels (2014) di Disney XD. The Mandalorian yang merupakan siri live-action pertama Star Wars dan juga telah meraihkan sambutan yang sungguh menakjubkan dari peminat Star Wars. The Mandalorian musim pertama kini disiarkan di Disney Plus dan mempunyai 8 episod kesemuanya sekali.
Filem Star Wars juga telah dibahagikan dengan lebih mendalam bagi menceritakan kisah-kisah Star Wars yang belum pernah diberi perhatian dengan lebih terperinci seperti filem Rogue One: A Star Wars Story (2016) yang menceritakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada mangsa-mangsa Empire yang terpaksa bekerjasama untuk mendapatkan plan untuk menghapuskan Death Star dan Solo: A Star Wars Story (2018) yang mengisahkan latar belakang penyeludup nombor satu galaksi, Han Solo.
The Rise of Skywalker

Episode IX: The Rise of Skywalker merupakan sekuel terakhir bagi trilogy Star Wars terbaru ini yang bermula dengan Episode VII: The Force Awakens pada tahun 2015 dengan barisan pelakon dan karakter-karakter Star Wars yang baru. Karakter baru seperti Rey, Finn, Poe Dameron, Kylo Ren/Ben Solo, Snoke dan ramai lagi telah menampilkan sesuatu yang segar dan baru kepada dunia Star Wars dan tak dinafikan bahawa karakter klasik seperti Princess Leia, Han Solo, C-3PO dan lebih lagi telah mengakhiri perjalanan mereka dengan mantapnya!
The Rise of Skywalker merupakan filem Star Wars yang paling banyak aksi yang pernah kami lihat. Tambahan pula dengan teknologi CGI pada masa kini telah menghasilkan babak-babak yang sangat lawa dan mengagumkan apabila melihat di panggung wayang. Serious kalau korang nak cuba tengok dalam 3D, inilah masanya!
Ada berlambak cerita yang dimasukkan dalam filem ini seolah-olah ia patut dibahagikan kepada dua bahagian, Part I dan Part II. Selepas kontroversi The Last Jedi pada tahun lepas, nampakya, filem terbaru ini juga akan timbulkan banyak isu dikalangan peminat dan pengkritik filem. Secara keseluruhannya kami merasa bercampur-aduk dengan The Rise of Skywalker. Tak dinafikan bahawa filem ni mempunyai banyak babak-babak yang boleh dinamakan sebagai fan-service kerana hanya peminat tegar Star Wars sahaja yang boleh nampak persamaan dalam babak ini sebagai tanda penghormatan kepada klasik dan nostalgia dalam Star Wars.
Perjalanan Rey & Kylo Ren Adalah Antara Yang Paling Berkesan Dalam Filem Ini
Antara semua karakter baru dalam Star Wars terbaru ini, Rey dan Kylo Ren/Ben Solo adalah hati dan jiwa bagi filem-filem ini. Tapi kenapa?

Pertama kali aku tengok Kylo Ren pada skrin besar dalam 3D, aku rasa gerun dan rasa nak tahu siapa dia ni? Dari mana dia datang? dan dari mana dia dapat lightsaber ala-ala bentuk cross tu? Sumpah, itu adalah lightsaber paling GEMPAK dan paling menakutkan dalam Star Wars pernah aku lihat. Kita ikuti perkembangan Kylo Ren yang pada asalnya dipengaruhi oleh Snoke untuk berkhidmat kepada beliau dan berpaling pada The Dark Side. Namun, terdapat konflik dalam dirinya selepas peristiwa yang berlaku pada ayahnya, Han Solo. Mampukah Kylo Ren ataupun nama sebenarnya, Ben Solo, berubah kepada The Force?
Rey pula mendatangkan banyak spekulasi bahawa adakah dia seorang Skywalker? Adakah dia seorang Kenobi? Latar belakang Rey sangat misteri dan penuh kejutan. Pertama kali Rey membawa The Millennium Falcon adalah suatu perkara yang luar biasa kerana macam mana dia boleh terbangkan benda tu dengan mudahnya? Sehinggalah kita dihadiahkan dengan kejutan terbesar iaitu, Rey ada kuasa Force apabila dia berlawan dengan Kylo Ren di Starkiller Base dalam The Force Awakens (2015).
Dari situlah kita dibawa bersama untuk ikut perjalanan mereka berdua hinggalah kepengakhiran The Last Jedi (2018). Di mana, Kylo Ren menjadi The Supreme Leader selepas dia membunuh Snoke dan Rey pula dalam latihan menjadi seorang Jedi. Untuk menjawab balik soalan aku tadi, aku rasa mereka berdualah yang membawa cerita Skywalker ini hingga ke hujung dan menamatkannya dengan kepuasan yang kita harapkan.
Rumusan
Kami berikan The Rise of Skywalker, 7.5/10 – Dari pendapat seorang peminat, The Rise of Skywalker rasa seperti ia ditulis untuk menyenangkan hati peminat semata-mata dan menamatkan The Skywalker Saga dengan rasa yang memuaskan tanpa berani mengambil risiko untuk meneroka cerita baru yang patut diberi kesan yang lebih mendalam. Tetapi korang akan enjoy filem ni dari awal sehingga ke akhir kerana aksi-aksi Star Wars yang menyeronokan.
Kutipan Box Office
Sehingga ke tarikh 3 Januari 2020, Star Wars: The Rise of Skywalker telah berjaya mendapat kutipan keseluruhan sebanyak $815.7 juta USD dengan bajet filem sebanyak $275 juta USD.
Star Wars: Battlefront II – Update Komuniti
Dah kita bercerita tentang Star Wars ni, nak update sikit. Battlefront II telah mengeluarkan update baru pada 20 Disember 2019. Dalam update terbaru ini, pemain berpeluang untuk dapatkan outfit terbaru daripada filem The Rise of Skywalker.