star wars battlefront 2

Star Wars: Battlefront II – Mampukah EA Reka Semula Klasik?

Star Wars: Battlefront II dikeluarkan pada November 2017.
Platform: PS4, Xbox One, PC
Penerbit: Electronic Arts (EA)

Berbaloi Tak Star Wars Battlefront II ni?

Kami bagi 4/5 – Grafik yang sangat lawa dan gameplay yang laju dan memuaskan. Game ni lagi better dari Battlefront (2015) dengan penambahbaikan yang berkesan.

star wars battlefront 2

Star Wars Battlefront II adalah sambungan daripada Battlefront I yang dikeluarkan pada tahun 2015 oleh EA. Mereka adalah daripada company yang sama yang membuat game Battlefield seperti Battlefield I dan Battlefield V. Kali ini, Battlefront II memberikan ciri-ciri gameplay yang berbeza berbanding siri pertamanya. Pelbagai kontoversi telah melanda Battlefront I. EA mampu membuat improvement yang sangat baik demi mengambil hati peminat-peminat game Star Wars semula. Antara improvement terbaik yang mereka lakukan adalah dari segi combat dan penambahan Story Mode.

Star Wars Battlefront II bagi peluang kepada gamers untuk enjoy peperangan pada semua era dari The Clone Wars hinggalah ke era The First Order! Players juga boleh experience sendiri berperang di lokasi seperti Geonosis, Kashyyk, Yavin 4, Death Star dan juga Craits. Dengan menggunakan latest game engine, lokasi-lokasi ini nampak lebih realistic dan detail berbanding dengan game Battlefront II pada zaman PS2 dulu. Dengan ini, players lebih tekad untuk bermain dengan graphic game yang lawa!

Story Mode Star Wars Battlefront II

star wars battlefront ii campaign

Story mode mempunyai lebih kurang 13 chapters untuk dihabiskan. Iden Versio, seorang Commander bagi Inferno Squad iaitu, squad elit Empire yang bertugas dibawah pengawasan General Palpatine. Cerita dia bermula selepas peristiwa Return of The Jedi. Dari situ, players akan mengikuti story Iden dalam misi untuk menyelamatkan Empire dari tentera Rebels. Mampukah Iden Versio mengalahkan Rebel Alliance ataupun sebaliknya?

Online Multiplayer Mode

Star Wars Battlefront II

Kalau korang dah biasa dengan Battlefront I (2015), jadi korang takkan jumpa benda yang baru dalam mode ni. Semua mode yang boleh dimain, hampir sama dengan Battlefront I. Tetapi, develepors game ni, telah melakukan banyak perubahan dari segi combat gameplay dan gaming system seperti unlockables, weapons, skills dan banyak lagi. Combat telah dibuat penambahbaikan. Players bergerak dengan lebih pantas dan control pun semakin smooth berbanding siri sebelum ni. Nampaknya developers game ni inginkan players experience lebih kepada face pace combat supaya lebih bebas dan selesa untuk bergerak ketika combat. Tetapi masalah dari segi microtransaction yang memerlukan kita untuk bayar lebih untuk unlock apa-apa special features di dalam game. Tapi benda ni dah settle beberapa bulan selepas game dikeluarkan.

Heroes & Villains

star wars heroes villains

Kalau sembang pasal Star Wars mana boleh kalua tak cerita pasal Jedi dan Sith Lords. Betul tak? Kali ni, semua heroes dan villans dari semua era boleh kita try! Termasuk la dari movie Star Wars yang baru seperti The Force Awakens, Rogue One dan juga Solo. Manakala, heroes dan villains dari episode I sampai III tak semua ada lagi. Tapi semuanya akan diberi kepada players melalui game updates. Korang boleh pergi ke EA Community Calendar untuk tahu plan diorang untuk update seterusnya. Korang jangan risau sebab EA dah plan macam-macam untuk menarik perhatian players di masa akan datang.

Apa Yang Bagus?

  • Graphic dalam game yang sangat lawa dan detail
  • Gameplay yang smooth dan face pace
  • Merangkumi semua era dalam cerita Star Wars

Apa Yang Tak Bagus?

  • Weapons dan skills management yang masih lemah dan rumit
  • Story mode yang tidak memberi impak dan membosankan

Ada banyak isu dan kontroversi yang memberi impak dekat game ni. Tapi itu tak menjadi masalah untuk penggemar setia Star Wars untuk terus  main Battlefront II. Video dibawah dirakam ketika kitorang main Story Mode game ni. Korang boleh enjoy video penuh
Star Wars Battlefront II ni di YouTube Channel kami, Budak Gamer.


Star Wars: Battlefront II – Update Komuniti

Battlefront II telah mengeluarkan update baru pada 20 Disember 2019. Dalam update terbaru ini, pemain berpeluang untuk dapatkan outfit terbaru daripada filem The Rise of Skywalker seperti:

  • Outfit baru Kylo Ren – Supreme Leader
  • Outfit baru Rey – Jedi
  • Outfit baru Finn – Resistance
  • Pasukan tambahan First Order – Sith Trooper dan Jet Trooper
  • Pasukan tambahan Resistance – Ovissian Gunner dan Caphex Spy
  • Lokasi perang baru – Ajan Kloss

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *