Spider-Man: Into The Spider-Verse – Best Sangat!
Spider-Man: Into The Spider-Verse adalah ulasan filem yang kedua kami selepas Toy Story 4. Selain gaming, blog kami ini juga akan merangkumi apa sahaja yang berkaitan dengan gaming termasuk filem dan juga figura aksi (coming soon). Walapun ramai yang dah tengok, tetapi cerita ni baru je keluar di Nexflix, berhati-hati untuk SPOILERs ya guys!
Apa Itu Spider-Verse?
Dunia Spider-Man ni memang sangat besar dan banyak cerita yang boleh dijadikan movie. Ada pelbagai jenis komik Spider-Man yang membawa kita explore dunia-dunia Spider-Man yang lain seperti The Spectacular Spider-Man, Ultimate Spider-Man, The Amazing Spider-Man, Scarlet Spider, Spider-Man Noir, Spider-Man 2099, Spider Punk dan macam-macam lagi. Mereka boleh dikatakan wujud dalam Spider-Man’s Multiverse iaitu, Spider-Verse. Di mana, ia mempunyai pelbagai versi alternatif Spider-Man yang mempunyai karakter/watak yang berbeza tetapi mereka tetap Spider-Man.
Jalan Cerita Spider-Verse
Kali ni, Sony mengambil alih untuk mengambil inspirasi dari Spider-Verse dan menghasilkan cerita mereka sendiri. Sony memilih untuk menceritakan tentang Miles Morales (suara Shameik Moore) yang merupakan Spider-Man juga. Miles Morales muncul pertama kali dalam komik Ultimate Fallout #4 pada Ogos 2011. Dan itu juga merupakan komik pertama yang aku beli pakai duit sendiri. Kalau korang familiar dengan karakter ni, jadi korang tahu asal usul dia. Dia hidup dalam dunia Spider-Man yang lain. Di mana, Spider-Man dalam dunia Miles Morales telah mati dibunuh oleh salah sorang daripada musuh dia.
Spider-Man: Into The Spider-Verse memang ikut asal usul Miles Morales seperti komiknya tetapi, dari segi jalan cerita, memang sangat berbeza. Spider-Verse memilih Kingpin (suara Liev Schreiber) sebagai musuh utama mereka. Kingpin juga ada geng-geng musuh dia tapi aku taknak la spoilkan untuk korang.
Spider-Verse membawa kita ikut perkembangan Miles Morales daripada seorang budak sekolah yang biasa, kepada superhero, Spider-Man. Macam realiti juga, nak capai sesuatu, kita kena banyak berlatih and percaya pada diri sendiri. Itu yang cerita ni cuba sampaikan dekat kita. Tapi still ada banyak action dan humour sepanjang cerita ni.
Ini juga merupakan watak kulit hitam pertama untuk adiwira berkuasa labah-labah ini.
Ada sebab kenapa diorang namakan cerita ni, Into The Spider-Verse. Ada karakter Spider-Man yang lain selain Peter Parker. Antaranya adalah Spider-Gwen (Hailee Steinfeld) , Spider Noir (Nicolas Cage), Peni Parker (Kimiko Glenn) dan juga Spider-Ham (John Mulaney). Tapi korang jangan rasa pening ke apa. Semua karakter ni wujud dalam dunia Spider-Man, cuma diorang daripada dimensi yang lain.
Teknik Animasi Macam Komik
Yang membuatkan filem ni unik adalah teknik animasi yang diorang guna. Memang lain daripada lain. Mereka mengambil inspirasi animasi diorang daripada cetakan komik zaman komik awal-awal publish dekat U.S. Dengan colouring yang diorang pakai macam -komik-komik Marvel dan DC yang korang or ayah atuk korang yang pernah beli masa diorang kecil dulu. Animation yang diorang pakai ada mix kartun dengan 3D animation. Memang kalau korang tengok, korang sendiri boleh rasa terpegun.
Runut Bunyi Spider-Verse
Soundtrack dalam movie ni memang aku ketagih. Balik je rumah habis tengok movie ni, aku terus search senarai lagu yang ada dalam movie ni. Memang boleh buat korang rasa nak menari ikut rentak. Antara lagu yang banyak dapat perhatian ialah lagu Sunflower yang dinyanyikan oleh Post Malone dan Swae Lee.
Selain itu turut terdapat lagu yang dinyanyikan oleh Juice WRLD, Nicki Minaj, Ski Mask The Slump God & Jacquees dan Lil Wayne & Ty Dolla Sign’s. Senarai penuh boleh dilihat dan didengar (sampel) di IMDB.
Berbaloi ke tak Into The Spider-Verse ni?
Kami bagi 5/5 – Animation yang sangat menakjubkan dan storytelling yang singkat tetapi berkesan!
Mak aku pun suka.
Spider-Man: Into The Spider-Verse Sudah Berada di Netflix Malaysia
Netflix dah umumkan secara rasmi yang Spider-Man: Into The Spider-Verse ni dah ada dalam senarai rancangan diorang mulai bulan ni, Julai 2019. So, korang boleh la layan cerita ni sampai puas. Tak cukup kalau tengok sekali je.
Terdapat juga di Netflix:
- Spider-Man: Homecoming
- The Amazing Spider-Man 2
- The Amazing Spider-Man