Spider-Man: Far From Home – Adakah ini Filem Spider-Man Terbaik?
Selepas peristiwa yang dahsyat dan menyedihkan dalam Avengers: Endgame, Marvel kembali lagi dengan filem baru dari Spider-Man. Kali ni, Spider-Man perlu menghadapi ancaman berbahaya dalam usaha untuk menjadi Iron-Man seterusnya! (Mild SPOILERS lebih lanjut)

Ulusan Spider-Man: Far From Home
Far From Home bermula betul-betul selepas kejadian dalam Endgame. Cerita ni akan menjelaskan macam mana semua orang menangani masalah daripada apa yang berlaku dalam Endgame.
Peter Parker (Tom Holland) dan rakan sekelasnya akan pergi ke Eropah untuk Science Trip sempena tahun terakhir mereka di sekolah. Semasa diorang pergi bercuti, Peter ada plan untuk luahkan perasaan dia dekat MJ (Zendaya). Tetapi semuanya berubah apabila makhluk-makhluk yang dinamakan The Elementals serang mereka di Eropah. Tidak lama selepas tu, hero terbaru datang untuk selamatkan mereka, Mysterio (Jake Gyllenhaal) ! Ya.. kalau ikutkan dalam komik Mysterio ni antara musuh Spider-Man. Jadi, mungkin Mysterio ada muslihat dia sendiri ke? Kita tak tahu..
Nick Fury (Samuel L. Jackson) pula arahkan Spider-Man untuk berpasukan dengan Mysterio, bagi menyelamatkan dunia. Dari situ lah bermulanya pengembaraan Peter Parker sebagai Spider-Man yang kita nantikan.
Best ke Tak?
Pada awalnya, filem ni agak slow kerana berasa seperti cerita budak sekolah daripada cerita Spider-Man. Tapi bila Spider-Man mula beraksi, filem ni tak bagi peluang untuk kita duduk diam sampailah ke hujung. Aksi dalam filem ni lebih mantap dan lagi besar daripada filem sebelumnya, Spider-Man: Homecoming (2016).
Kali ni, Peter Parker berada dalam situasi yang lebih besar dan mencabar kerana perlu menyelamatkan rakan-rakannya pada yang sama juga perlu selamatkan dunia daripada ancaman yang lebih dahsyat. Mampukah Spider-Man menggantikan tempat Tony Stark dengan memegang tanggungjawab yang sangat besar?
Pelakon Memainkan Watak dengan Mantapnya!
Tom Holland buktikan sekali lagi bahawa dia adalah Spider-Man yang terbaik. Dia membawa watak Spider-Man dengan penuh karisma dan bersungguh-sungguh dengan menunjukkan emosi yang sangat meyakinkan. Chemistry antara Tom Holland dan Jake Gyllenhaal sangat meyakinkan. Mereka betul-betul menunjukkan bahawa Spider-Man dan Mysterio adalah dalam 1 pasukan!

Tak lupa juga hubungan romantik yang agak kekok antara Peter Parker dan MJ. Kedua-dua Tom Holland dan Zendaya betul-betul membawa watak mereka sebagai pasangan yang agak lucu dan comel.

Berbaloi ke Tak Spider-Man: Far From Home?
Secara keseluruhannya, filem ni mampu atasi filem-filem Spider-Man yang lain dan menjadi filem Spider-Man yang terbaik. Tetapi ada sesuatu elemen yang kurang dalam filem ni dan tidak dapat tandingi dengan filem Spider-Man yang klasik iaitu, Spider-Man 2(2004). Jadi aku boleh letak Far From Home ni ditempat yang ketiga selepas Spider-Man 2 dan Spider-Man: Into The Spider-Verse (2018)
Kami bagi 4.0/5 – Sebuah filem superhero yang cukup hebat dan perlu disaksikan pada skrin besar! Ia juga menyentuh emosi dan menyedarkan kita bahawa seorang hero itu ada kelemahannya juga.
Siapakah Mysterio
Kalau belum tengok Far From Home, jangan baca part ni.
Kepada pembaca komik bersiri Marvel, tak kisahlah yang mana satu asalkan Spider-Man, sudah tahu yang Mysterio ni merupakan seorang villain. Dia dan Spider-Man sudah lama menjadi musuh. Dia adalah seorang pelakon lagak ngeri dan juga pakar kesan khas. Kepakarannya ialah menggunakan ilusi untuk melakukan jenayah.
Msyerio juga merupakan ahli asal Sinister Six yang terdiri dari kawan-kawannya yang tak berapa baik seperti Electro, Kraven the Hunter, Sandman, Doctor Octopus and Vulture.
Hah … sekarang korang dah tahu.