BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Sony Menunda Filem Uncharted ke October 2021 Kerana Covid-19

Penggambaran adaptasi permainan video ke filem Uncharted sepatutnya bermula pada bulan ini di Berlin. Namum disebabkan oleh virus Covid-19, yang setakat ini sudah menjangkiti lebih 1 juta manusia dengan 52,986 kematian, produksi Uncharted terpaksa dihentikan.

Pada mulanya, filem ini dijadualkan untuk tayangan pada Mac 2021. Namun, setakat apa yang dilaporkan oleh GameRadar Uncharted akan ditunda ke 8 October 2021.

Dalam laporan GamesRadar tersebut turut menyatakan bahawa filem Morbius juga akan ditunda dari Julai 2020 to March 19, 2021.

Filem ini akan dibintangi oleh Tom Holland, Mark Wahlberg, Antonio Banderas, Tati Gabrielle and Sophia Taylor Ali. Uncharted akan diarahkan oleh Ruben Fleischer yang sebelum ini telah mengarah filem Venom.

Di laman web IMDB hanya dua watak yang telah disahkan iaitu Tom Holland sebagai Nathan Drake dan Mark Wahlberg sebagai Victor “Sully” Sullivan.

Filem ini menceritakan pengembaraan Nathan Drake, seorang pemburu harta karun yang merentasi dunia untuk membongkar pelbagai misteri.

filem uncharted

Permainan video Uncharted ini memang eksklusif untuk konsol PlayStation sahaja. Kalau dah main game tu sudah semestinya kita tertunggu-tunggu, kan? Tapi nak buat macam mana, dah ditunda, kita tunggu sahaja dengan harapan ianya akan siap sepenuhnya. Mana nak tahu kan, dah kerap sangat ditunda. Pengarahnya pun sudah beberapa kali ditukar.

Dan dah alang-alang kena tunda, apa kata kau layan dulu koleksi penuh Uncharted yang telah pun diberikan percuma kepada pelanggan PS Plus pada bulan Januari dan juga pada bulan ini.

Baca juga ulasan Uncharted 4 kami.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More