BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Sony Memperkenalkan DualSense, Alat Kawalan Baru untuk PlayStation 5

Sony secara rasminya telah memperkenalkan DualSense melalui akaun Twitter mereka. DualSense adalah alat kawalan tanpa wayar yang baru untuk konsol PlayStation 5.

Sebelum ni, aku malas nak layan sangat berita mengenai spesifikasi PlayStation 5. Ye lah, specs tanpa gambar, persembahan pun membosankan.

Tapi kali ini, ada gambar.

Walaupun hanya alat kawalan, pada pandangan pertama, ia nampak cool.

Bye bye DualShock.

Bagi aku ini adalah kali pertama alat kawalan PlayStation direka bentuk semula sepenuhnya. Perbezaan dengan rekabentuk lama amat ketara. DualSense nampak seakan-akan alat kawalan Xbox, tapi jauh lebih seksi … hahaha.

DualSense yang diperkenalkan datang dengan campuran warna putih dan hitam. Macam time travel suit Avengers Endgame pun ada.

Tidak ada lagi cahaya berwarna di depan alat kawalan baru ni. Ia diletakkan di kiri dan kanan pad sesentuh.

Aku hanya harap akan ada warna hitam atau warna lain selain putih, sebab warna putih ini akan cepat kotor kalau digunakan setiap hari.

DualSense
Playstation 5 DualSense

Ciri-Ciri Baru DualSense

  1. DualSense datang dengan USB C.
  2. Share Button dijenamakan semula sebagai Create Button. Fungsinya masih sama, cuma Sony tidak memberikan banyak butiran mengenai ciri-ciri baru butang Create ini.
  3. Sony memasukkan pencetus penyesuaian ke dalam butang L2 dan R2 DualSense supaya kau dapat benar-benar merasakan ketegangan seperti ketika menarik tali semasa memanah. Jika ingin anak panah pergi lebih jauh, butang akan terasa lebih berat.
  4. Sony juga menambah baik sokongan maklum balas haptik. Dia kata, nanti masa kau bawa kereta dengan DualSense tu, kau boleh membezakan pemanduan di atas jalan tar dan juga apabila melalui kawasan berlumpur.
  5. Sony menyatakan yang mereka juga telah mempertimbangakan dalam reka bentuk DualSense ini untuk mendapatkan jangka hayat bateri yand lebih lama sambil mengurangkan berat alat kawalan tersebut.
  6. DualSense akan mempunyai mikrofon secara terbina dalam. Kau boleh main tanpa headset, tapi menurut Sony adalah lebih baik menggunakan headset jika ingin berborak panjang semasa permainan.

Baca lebih lanjut di blog PlayStation.

So, kau rasa macam mana. Bersedia untuk PS5. Duit dah cukup?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More