Sony Buat Kejutan!
Sony telah membuat beberapa kejutan di dalam acara CES 2020 yang sedang berlangsung di Las Vegas, US bermula pada 7 Januari 2020 hingga 10 Januari 2020. CES adalah persidangan teknologi tahunan bagi industri pengguna elektronik.
Logo PS5
Akhirnya, berita terbaru berkaitan PS5 yang bakal dikeluarkan pada musim ‘Holiday 2020’ yang telah diumumkan secara rasmi oleh Sony. Jadi, korang boleh jangka PS5 akan keluar antara bulan Oktober 2020 ke November 2020. Sony telah mempamerkan logo PS5 buat pertama kalinya kepada seluruh dunia. Dan ia nampak… agak sama dengan yang sebelum ni? Perbezaan yang korang akan nampak adalah pada nombornya sahaja. Sony sekali lagi mengikut jejak PlayStation 3 dan logo PlayStation 4 untuk PS5. Fon adalah sama, dan tiada reka bentuk tambahan.
Kalau korang nak tahu, Microsoft juga telah mengumkan siri Xbox terbaru iaitu Xbox Series X yang telah diumumkan dan dipamerkan kepada orang ramai, reka bentuk rasminya. Dan seperti yang korang jangka, ya. Ia berbentuk kotak. Tetapi peminat game konsol telah pun membuat perbandingan antara dua jenis konsol ini yang bakal keluar tak lama lagi. Seperti di Twitter, mereka telah membuat perbandingan antara konsol mana yang akan jadi paling laris;
Vision-S
Sejujurnya, aku tak pernah sangka yang akan datangnya suatu hari di mana Sony akan hasilkan kereta keluaran mereka. Nampaknya, hari itu telah tiba. YA! Sony telah mengemumkan dan mempamerkan reka bentuk sebuah kereta elektrik pertama dari keluaran Sony sendiri, Vision-S.
Walaupun ia secara teknikal adalah sebuah kereta konsep, ia tidak berbunyi seolah-olah Sony mempunyai niat untuk memproduksi kenderaan tersebut secara besar-besaran. Namun, ia tetap menonjolkan keunggulan Sony untuk reka bentuk futuristik yang menarik.
Menurut Sony, kereta ini mempunyai 33 sensor untuk memantau kedua-dua bahagian dalam dan luar kereta, 360° audio, paparan skrin lebar, skrin panorama, dan sambungan terus-menerus.
“Ia merangkumi sumbangan kami untuk masa depan mobiliti dan mengandungi pelbagai teknologi Sony,” kata CEO Sony, Kenichiro Yoshida.