BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Senarai Permainan Percuma Epic Games 2020

Nampaknya Epic Games Store akan terus menawarkan permainan percuma setiap minggu untuk tahun ini. Pada mulanya aku ingatkan mereka nak bagi sehingga penghujung 2019 sahaja dan tawaran 12 hari seperti yang aku pos sebelum ini adalah yang terakhir.

Tapi nampak nya aku tersilap.

Kau boleh rujuk pada link ini dimana Epic Games Store menyatakan mereka akan menyambung program permainan percuma mingguan itu sepanjang tahun 2020.

Yer bro, free.

Every single week, come back to claim your game. Once claimed, it’s yours to keep forever.

Adakah ini Cara Epic Games Store Untuk Menarik Pemain Dari Steam?

Mungkin, tetapi mereka perlukan lebih dari itu memandangkan Steam memegang hampir 75% pasaran.

Tapi tak apa, sebagai pengguna buat apa nak fikirkan pasal itu. Kalau permainan percuma yang diberikan itu best, kita muat turun dan main.

Kalau tak best, kau buat tak tahu je lah ya.

Berapa Kerap Permainan Percuma ini Akan Diberikan?

Kau boleh mendapatkannya setiap minggu.

Permainan Percuma dari Epic Games Store

Jika kau lihat gambar di atas yang aku screenshot sebentar tadi. Games percuma untuk minggu ini ialah

  • The Stanley Parable Every
  • Watch Dogs

dan pada masa yang sama, games percuma yang akan diberikan untuk minggu hapadan akan juga didedahkan

  • Figment
  • Tormentor x Punisher

Perlukah Permainan Percuma itu Terus di Muat Turun dan Install?

Tidak perlu. Fungsinya sama seperti PS Plus. Buat pembelian dan boleh dimuat turun bila bila. Tak semestiya sekarang.

Pembelian?

Bagaimana Nak Muat Turun?

  1. Daftar sebagi ahli Epic Games Store.
  2. Pilih permainan percuma yang kau nak.
  3. Beli.
  4. Install Epic Games Launcher.
  5. Install permainan yang kau beli secara percuma tadi.

Kau boleh rujuk langkah-langkah terperinci untuk muat turun permainan komputer percuma dari Epic Games.

Adakah Permainan itu Percuma Selamanya?

Ya, kalau kau sempat untuk membuat pembelian semasa tawaran percuma, semua permainan tersebut akan di senaraikan di library Epic Games Launcher. Ia boleh dimuat turun dan di install pada bila-bila sahaja.

Pada pendapat aku, agak sukar untuk mendapat permainan yang best atau pun yang terbaru secara percuma dari Epic Games Store ni. Tetapi bukannya semuanya tak best.

Yang paling berbaloi yang diberikan oleh mereka ialah pada September tahun lepas iaitu Batman: Arkham Collection.

Ia mengandungi Batman Arkham Asylum, Batman Arkham City dan Batman Arkham Knight.

The Lego Batman Trilogy juga diberikan percuma pada bulan yang sama.

Senarai Permainan Percuma Epic Games 2020

Kalau ini lah kali pertama kau terbaca pasal tawaran ini, ini adalah senarai permainan percuma dari Epic Games 2020 yang kau dah terlepas. Ia disusun bermula dari yang terbaru.

Arpil 2020

  • Wheels of Aurelia
  • Just Cause 4
  • Sherlock Holmes: Crimes and Punishments
  • Close to the Sun
  • Hob
  • Gone Home
  • Drawful
  • Totally Reliable Delivery Service

Mac 2020

  • World War Z
  • Figment
  • Tormentor X Punisher
  • The Stanley Parable
  • Watch Dogs
  • Anodyne 2: Return to Dust
  • A Short Hike
  • Mutazione
  • GoNNER
  • Offworld Trading Company
  • Inner Space

Februari 2020

  • Faeria
  • Assassin’s Creed Syndicate
  • Kingdom Come Deliverance
  • Aztez
  • Carcassonne
  • Ticket To Ride

Januari 2020

  • Farming Simulator 19
  • The Bridge
  • Horace
  • Sundered: Eldritch Edition
  • Darksiders Warmastered Edition
  • Darksiders II: Deathinitive  Edition
  • Steep

Jika kau memang mencari permainan percuma untuk dimainkan di PC, atau dah tak tahu nak buat apa semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 ni, kerap-kerap lah lawat laman Epic Games Store.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More