BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Senarai Penuh Permainan Percuma PS Plus 2020

Senarai penuh permainan percuma PS Plus 2020 ini akan dikemaskini secara berkala sebaik sahaja ia diumumkan oleh PlayStation Asia.

Ianya untuk ahli PS Plus sahaja. Jika kau baru sahaja melanggan PS Plus, kau boleh lihat apa yang kau terlepas untuk tahun 2019 di link ni.

Dengan hanya RM119, jika kau pandai dapatkan harga ni macam aku, kau boleh dapat sekurang-kurangnya 2 permainan percuma dari PS Plus setiap bulan selama setahun.

DUA PULUH EMPAT games tu. Bukan sikit.

Kalau kau buat pengiraannya, setiap game hanya berharga RM5. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga game baru iaitu lebih kurang RM230.

Game second hand pun, yang paling murah aku pernah beli ialah RM30, itu pun sebab member.

Januari 2020

Untuk bulan Januari, senarai yang dikeluarkan agak menarik. Ada game kambing. Biasanya 2, tetapi ada 3 permaian yang diberikan percuma untuk bulan ini.

Kalau kau kira koleksi Uncharted yang diberikan percuma itu secara berasingan, kau dah dapat 5 games.

  • Uncharted: The Nathan Drake Collection. Koleksi ini mengandungi kempen single-player Uncharted: Drake’s Fortune, Uncharted 2: Among Thieves, dan Uncharted 3: Drake’s Deception. Kami tak pernah main lagi permainan ni. Yang kami dah main ialah Uncharted 4: A Thief’s End dimana kami telah memberikan markah penuh dalam ulasan kami. Korang patut cuba.
  • Goat Simulator
  • Kunio-kun: The World Classics Collection

Semuanya boleh dimuat-turun bermula 8 Januari 2020 sehingga 3 Februari 2020.

Februari 2020

  • BioShock: The Collection ialah kompilasi yang terdiri dari game BioShock asal, BioShock 2, and BioShock Infinite.
  • The Sims 4
  • Firewall Zero Hour

Senarai Permainan Percuma PS Plus Feb ini boleh dimuat turun sehingga 2 Mac 2020.

Mac 2020

Rasa macam best pulak game yang telah diberikan pada 3 bulan pertama ini. Mula-mula koleksi Uncharted pada Januari 2020, kemudian koleksi Bioshock untuk Febuari 2020. Kali ini, kau akan dapat:

  • Shadow of the Colossus
  • Sonic Forces

Senarai Permainan Percuma PS Plus Mac ini boleh dimuat turun bermula dari 3 Mac sehingga 6 April 2020.

Selain dari 2 permainan di atas, kau juga akan dapat Monster Hunter World secara percuma bermula 18 Mac sehingga 22 April 2020

Permainan Percuma PS Plus 2020 – April 2020

Permainan percuma PS Plus 2020 untuk bulan April

Dua permainan percuma untuk April 2020 adalah seperti berikut:

  • Uncharted 4: A Thief’s End
  • Dirt Rally 2.0

Kalau kau tak terlepas Uncharted: The Nathan Drake Collection yang diberikan pada bulan Januari, maka sudah lengkaplah koleksi Uncharted.

Uncharted 4 bagi aku adalah antara permainan eksklusif PS4 yang patut dibeli dan dimainkan oleh semua pemilik PS4. Sekarang dah percuma, jangan lepaskan peluang ini.

Sebelum itu, baca dulu ulasan Uncharted 4: A Thief’s End kami ya.

Keduanya boleh dimuat turun dari 7 April hingga 6 Mei.

Mei 2020

Rasa macam tak best pulak bila tengok senarai permainan percuma PS Plus untuk bulan Mei ini. Bukan tak suka, tetapi terdapat 2 permainan simulator dalam bulan yang sama? Kesian buat mereka yang tak sukakan permaian jenis sims ni.

Bagi aku, kalau lihat pada City Skylines sahaja, memang seronok. Lebih-lebih lagi bila aku ni memang peminat SimCity. Ianya jadi tak best bila kedua-duanya sims.

Dua permainan percuma untuk Mei 2020 adalah seperti berikut:

  • Farming Simulator 19
  • Cities: Skylines

Kedua-dua permainan ini boleh dimuat turun oleh semua ahli PS Plus dari 7 Mei sehingga 1 Jun.

Jun 2020

Senarai Permainan Percuma PS Plus Jun 2020 kali ini memang lebih baik dari bulan lepas. Kalau kau pernah baca pos aku sebelum ini, aku ada menyatakan bahawa selepas sahaja Call of Duty: Infinite Warfare (November 4, 2016) aku terus tidak bernafsu untuk membeli Call of Duty: WWII dan juga Call of Duty: Black Ops 4.

  • Hilang rasa menyesal tak beli dulu bila Sony memberikan Call of Duty: WWII kali ini. Nantikan ulasannya ya.
  • Permainan kedua yang diberikan percuma adalah Star Wars Battlefront II. Baca review kami mengenai Battlefront II di sini.

Kedua-dua permainan ini boleh dimuat turun oleh semua ahli PS Plus bermula 2 Jun 2020 sehingga 6 Julai 2020

Julai 2020

Sony telah mengumumkan bahawa

  • NBA 2K20
  • Rise of the Tomb Raider: 20 Year Celebration, dan
  • Erica

akan menjadi permainan percuma PlayStation Plus Julai 2020.

Ketiga-tiga permainan ini akan tersedia untuk dimuat turun dari 7 Julai – 3 Ogos 2020.

Ogos 2020

Ada 2 permainan Percuma PS Plus untuk bulan Ogos 2020 ini.

  • Call of Duty Modern Warfare 2 Campaign Remastered
  • Fall Guys: Ultimate Knockout

Fall Guys: Ultimate Knockout telah membuat kejutan dengan mencatat seramai 1.5 juta pemain dalam talian dalam masa 24 jam.

Ia juga merupakan permainan PlayStation Plus yang mempunyai jumlah muat turun tertinggi. Namun pihak Sony tidak berkongsi jumlahnya.

Kedua-duanya boleh mula dimuat turun bermula 4 Ogos sehingga 31 Ogos 2020 ini.

September 2020

Permainan percuma bulan september 2020

Selagi kau masih menjadi ahli PS Plus, permainan berikut boleh dimuat turun dari 1 September sehingga 5 October 2020:

  • PUBG: PlayerUnknown’s Battlegrounds
  • Street Fighter V

Boleh tahan juga permainan yang diberikan percuma untuk bulan September ini.

Oktober 2020

Senarai Permainan Percuma PS Plus 2020 untuk bulan Oktober telah diumukan oleh PlayStation Asia.

  • Need for Speed ​​Payback
  • Vampyr

Sertailah PS Plus dan kedua-dua permainan ini boleh dimuat turun secara percuma sehingga 3 Nov.

November 2020

Senarai Permainan Percuma PS Plus 2020 untuk bulan November kali ini mengandungi satu permainan percuma untuk PS5.

  • Middle-earth: Shadow of War
  • Hollow Knight: Voidheart Edition
  • dan Bugsnax untuk PS5

Disember 2020

Senarai Permainan Percuma PS Plus 2020 untuk bulan Disember kali ini ada 3. Permainan percuma untuk PS5 boleh juga dimainkan di konsol PS4.

  • Worms Rumble (PS5 & PS4)
  • Rocket Arena
  • Just Cause 4

Jika kau juga pencari game percuma di Epic Games, Just Cause 4 pernah diberikan percuma pada April 2020. Nah … sekarang kau ada 2 versi. Untuk PC dan juga PS4.

Lengkap sudah senarai game percuma PS Plus 2020.

Hampir setiap bulan pasti ramai akan mengadu tentang permainan yang diberikan percuma kepada ahli PS Plus. Tak best lah. Itu lah, ini lah. Kau bayarpun sikit, jangan lah minta macam-macam.

Bagi aku, PS Plus ni dibeli untuk bermain dalam talian dan apa sahaja tawaran esklusif untuk ahli PS Plus. Permainan percuma yang diberikan itu adalah bonus sebenarnya, dan kau pun bukannya ada masa nak main semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More