Senarai Penuh Game PS Plus Percuma 2019
Game PS Plus Percuma 2019
Senarai Game PS Plus Percuma 2019 ini secara rasminya telah lengkap dengan pengumuman Game Percuma untuk PS Plus Disember 2019 dari PlayStation Asia pada 27 Nov 2019.
Buat korang yang pertama kali ke sini, senarai Game PS Plus Percuma 2019 ini telah dikemaskini secara berkala sebaik sahaja ia diumumkan oleh PlayStation Asia.
Jan 2019
- Tom Clancy’s The Division (PS4)
- STEEP (PS4)
- Severed (PSVita)
- Zone Of The Enders HD Edition (PS3)
Feb 2019
- For Honor
- HITMAN™ – The Complete First Season
- Hand of Fate
Mac 2019
- Call of Duty®: Modern Warfare® Remastered. Sudah tentu ramai akan mengingati pelancaran COD4: Modern Warfare. Kalau tak main pun, mesti kau ada kawan yang melayan game ni dan tak berhenti bercakap mengenainya. Permainan ini memenangi pelbagai anugerah dari laman web gaming, termasuk Best Xbox 360 Game dari IGN. Ia adalah permainan terlaris di seluruh dunia pada tahun 2007, terjual sebanyak 7 juta salinan menjelang Januari 2008 dan hampir 16 juta menjelang November 2013. Sekarang ia menjadi sebahagian dari koleksi games Ps Plus percuma 2019. Wow!
- Action Henk
April 2019
- The Surge
- What Remains of Edith Finch”
Mei 2019
Permainan percuma yang ditawarkan pada bulan Mei ialah
- The Witness. The Witness yang dikeluarkan pada 26 Jan 2016 telah mendapat penarafan 10/10 oleh IGN. Malangnya pasa masa update ini ditulis aku masih lagi melayan The Division 2 untuk mencuba The Witness.
- Metal Gear Survive. Ia mendapat penarafan 6.5/10.
Jun 2019

Tawaran Game PS Plus Asia percuma bulan Jun terdiri daripada
- Borderlands: The Handsome Collection
- Sonic Mania
- Tema PS4 PlayStation Plus Special Theme Umbrella Festival
- Exclusive Toro 2019 May & Jun
Tawaran akan berakhir pada 2 Julai. Muat turun sekarang untuk menikmati semuanya secara percuma selagi anda adalah ahli PS Plus!
Julai 2019
Tweet asal PlayStation Asia menyatakan bahawa ahli PS Plus akan menerima Pro Evolution Soccer 2019 dan Aegis Defenders sebagai games percuma untuk Julai, namun pada saat-saat akhir Sony telah menukar Pro Evolution Soccer 2019 kepada Detroit: Become Human tanpa sebarang sebab.
Namun begitu kau masih boleh memuat turun Pro Evolution Soccer 2019 Lite jika berminat dengan game bola tersebut. Apa yang aku tahu ialah terdapat bonus kepada ahli PS Plus untuk bulan Julai. Tapi tak sempat lagi nak check apakah ia. Di PS Store tertera “This is an exclusive PlayStation Plus offer. Claim this bonus in myClub mode in both PES 2019 and PES 2019 Lite”
Ogos 2019

- WipEout Omega Collection
- Chronicles of Teddy: Harmony of Exidus
Permainan percuma di atas boleh dimuat turun bermula 7 Ogos sehingga 3 September 2019. Bagi kami game percuma bulan ini agak mengecewakan kerana ia datang sekali dengan kenaikkan harga langganan PS Plus. Sepatutnya bila harga dah naik, dapatlah game yang best sikit. Ditambah lagi dengan versi US akan dapat Sniper Elite 4, kita kat Asia dapat yang ni sahaja … sob … sob.
September 2019
Game PS Plus Percuma 2019 untuk bulan September kali ini adalah lebih baik dari yang diberikan sebelum ini.
- Batman Arkham Knight
- Darksiders III
Arkham Knight yang dikeluarkan pada tahun 2015 merupakan antara game yang amat kami suka. Sila rujuk artikel kami mengenai 5 Sebab Batman Arkham Knight Masih Berbaloi.
Darksiders III merupakan game ke tiga dalam siri Darksiders. Permainan ketiga siri ini menampilkan Fury, karakter ke tiga dalam Four Horsemen of the Apocalypse dalam usahanya untuk mengalahkan Seven Deadly Sins. Walaupun ianya sekuel, namun plot permainan ini adalah selari dengan dua permainan yang pertama.
Oktober 2019
2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus ini boleh dimuat-turun bermula 2 Oktober sehingga 5 November 2019:
- The Last Of Us Remastered (PS4)
- MLB The Show 2019 (PS4)
Menurut trailer terbaru The Last of Us Part II, permainan tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari 2020. Masih ada kira-kira lima bulan sebelum ia dilancarkan. Sekarang adalah masa terbaik untuk bermain permainan pertama. Mana tahu, kalau suka dah boleh kumpul duit dari sekarang.
November 2019
Pelanggan PlayStation Plus boleh memuat turun 2 permainan percuma ini dari 6 November hingga 3 Disember 2019. Kami belum pernah lagi bermain kedua-dua game ini. Kalau best, memang berbaloi lah dapat free.
- Nioh
- Outlast 2
Disember 2019
Pelanggan PlayStation Plus boleh memuat turun kedua-dua permainan ini mulai 4 Disember 2019.
- Titanfall 2
- Monster Energy Supercross – The Official Videogame
Titanfall 2 ini merupakan antara game yang awal kami beli setelah mempunyai set PS4 sendiri. Ia dilengkapi dengan kedua dua pilihan permainan singleplayer dan juga multiplayer. Walaupun diterbitkan pada bulan Oct 2016, masih terdapat ramai pemain aktif.
Kalau kau tak pernah lihat Titanfall 2, sila ke Youtube Budak Gamer untuk melihat rakaman permainan kami yang kami buat pada Dis 2016.