call of duty mobile

Selepas 5 Hari Bermain Call of Duty: Mobile

Call of Duty: Mobile telahpun dilancarkan sepenuhnya ke iOS dan Android pada 1 October 2019. Walau bagaimanapun atas kekangan masa kepada keluarga dan kerja ehem … ehem … aku hanya memuat turun game ini dari Google Play Store pada 2 minggu lepas dan hanya mula bermain sejak 5 hari lepas.

Platform: Android dan iOS
Developer: Tencent Games, TiMi Studios
Penerbit: Activision
Dilancarkan pada: October 1, 2019
Harga: Free-to-Play dengan pembelian dalam permainan

Berbaloi Tak Call of Duty: Mobile Ni?

Selepas bermain selama 15 – 45 minit sehari selama 5 hari. Wow! Aku bagi 4/5. Itupun sebab pada ketika ini alat kawalan tidak disokong oleh game ini. Bergerak sambil menembak agak sukar terutamanya bila kau dalam keadaan terdesak. Ia juga tidak datang dengan kempen single player, sama seperti Black Ops 4.

Mungkin dah biasa dengan kempen single player dalam siri Call of Duty, rasa janggal pulak bila tak ada.

Tetapi, secara keseluruhannya, permainan ini menawarkan grafik realistik dan visual yang menarik. Laju dan tanpa lag.

Call of Duty: Mobile mempunyai cara permainan yang sama seperti permainan-permainan COD yang lain di PC dan PS4, cuma ia tidak menggunakan papan kekunci, tetikus atau alat kawalan.

Dan jika bini kau takde kat sebelah, aku rasa aku akan main sampai bateri hand phone habis. Bukan hanya 30 min.

Percubaan pertama aku merakam permainan Call of Duty: Mobile dari hand phone juga berjaya membuat 16 kills dengan 1 nyawa. Hebat kan?

Dirakam menggunakan Samsung Galaxy Note 9 dengan aplikasi sedia ada – Game Booster.

Jumlah 34 kills (yang tertinggi dalam sesi game tersebut) masih tidak cukup untuk menang. Mana tak nya, dapat team yang noob sangat, susah lah nak menang walaupun level mereka lebih tinggi dari aku.

Game Call of Duty: Mobile ini percuma untuk dimuat turun dan juga percuma untuk memainkannya, tetapi Activision pandai dalam promosi untuk kau mengeluarkan duit kau ha… ha… ha… setakat ini aku tak tergoda lagi.

Mod Permainan Call of Duty: Mobile

Terdapat 2 mod permainan dalam game ni, Battle Royale dan Multiplayer. Setakat ini aku belum sempat melayan Battle Royale. Mod ini boleh memuatkan 100 pemain dan ia boleh dimainkan solo, berdua atau satu team 4 orang.

Multiplayer pun ada banyak pilihan. Semuanya boleh dimainkan oleh 10 pemain, 5 vs 5:

  • Frontline dengan 5 peta – Crash, Killhouse, Crossfire, Nuketown dan Hijacked.
  • Team Deathmatch dengan 7 peta – Crash, Killhouse, Crossfire, Nuketown, Hijacked, Standoff dan Firing Range
  • Domination dengan 7 peta – Standoff, Crash, Firing Range, Crossfire, Nuketown, Hijacked dan Raid.
  • Search & Destroy dengan 6 peta – Standoff, Firing Range, Takeoff, Crossfire, Crash dan Raid.

Kawalan Permainan Call of Duty: Mobile

Terdapat dua cara untuk menembak. Kau boleh pilih cara automatik dimana kau hanya perlu sasarkan senapang ke arah pihak lawan dan tembakan akan berlaku secara automatik.

Cara kedua pula adalah manual sepenuhnya. Bergerak, menyasar dan juga menembak perlu dilakukan sendiri. Kawalan penuh dan ia boleh di customized kepada beberapa pilihan.

Apabila bermain, kau dapat rasakan yang aplikasi permainan Call of Duty: Mobile ini telah dioptimumkan untuk kegunaan telefon pintar dan tablet.

Tetapi, ia bukanlah yang terbaik. Menggunakan skrin sentuh untuk mengawal penembak tidak akan sama dengan alat kawalan, apalagi dengan papan kekunci dan tetikus. Lebih-lebih lagi dengan adanya banyak pilihan di skrin sedangkan kau hanya boleh menggunakan 2 ibu jari sahaja, tetapi ia cukup untuk menikmatinya permainan ini.

Sudah tentu game ini tidak akan menjauhkan kau dengan PS4. Ia amat sesuai dimainkan bersama. Ye lah, masa kau dalam MRT nak balik rumah, sebagai sessi latihan sebelum Call of Duty: Modern Warfare multiplayer di rumah nanti.

Muat Turun Call of Duty: Mobile

Call of Duty: Mobile boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store ataupun App Store.

Google Play Store

App Store

Menurut laman sokongan Activision, spesifikasi minimum untuk bermain permainan ini bagi pengguna Android ialah 2 GB of RAM dengan Android versi 5.1 Lollipop. Manakala untuk pengguna peranti Apple, mestilah menggunakan iOS 9.0 dan juga 2 GB RAM.

100 Juta Muat Turun Dalam Seminggu

Call of Duty: Mobile merupakan game mudah alih yang terbanyak dimuat turun dalam minggu pertama sejak dilancarkan. Menurut SensorTower, permainan seperti Fortnite and PUBG Mobile pun hanya mampu mencecah 22.5 dan 28 juta muat turun pada minggu pertama. Hebat Call of Duty ni.

call of duty mobile, call of duty: mobile

Walaupun game ini percuma, Call of Duty Mobile telah menjana USD17.7 juta dari perbelanjaan pemain dalam masa seminggu dari tarikh pelancaran.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *