Secret Origin: The Story of DC Comics

Dokumentari Secret Origin: The Story of DC Comics ini pada asalnya dikeluarkan pada tahun 2010 tetapi baru sahaja dimuatnaik oleh Warner Bros. Entertainment kelmarin.

Ia menceritakan sejarah 75 tahun DC Comics.

Ia diceritakan oleh Ryan Reynolds mengenai cabaran yang dilalui oleh penulis, pelukis dan pencipta watak-watak ikonik DC Comics seperti Superman, Batman, Wonder Woman pada permulaan kerjaya mereka.

Buat mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan komik jangan lepaskan kisah bagaimana semuanya bermula.

Secret Origin: The Story of DC Comics menggabungkan petikan dari komik, filem dan siri televisyen dengan pandangan tentang beberapa pencipta dan editor buku komik paling berpengaruh dalam sejarah. Antaranya Neal Adams, Karen Berger, Mike Carlin, Dan DiDio, Neil Gaiman, Geoff Johns, Jim Lee, Paul Levitz, Dwayne McDuffie, Grant Morrison, Dennis ONeil, Paul Pope, Louise Simonson, Mark Waid, Len Wein and Marv Wolfman.

Categories: Komik
X