5 Sebab Batman: Arkham Knight Masih Berbaloi Untuk Dibeli
Mengapa Batman: Arkham Knight masih berbaloi dibeli sehingga sekarang? Nak tahu kenapa, ini adalah antara sebabnya.
Murah!
Bagi PS4 players, game ni telah diberi offer dan discount hampir setiap sale sepanjang tahun 2018 di Playstation Store. Ini membuka peluang kepada gamers baru untuk dapatkannya dan merasa sendiri kuasa next gen pada console baru mereka. Korang boleh cari di website seperti Lazada, Shopee ataupun di media social yang lain. Harga murahnya boleh mencecah sehingga bawah RM100! Takkan la korang masih taknak beli kot?
Single Player Story
Player tak perlu risau tentang wifi connectivity ataupu masalah server. Sebab apa? Haaaa game ni tak perlukan apa-apa server sebab hanya mempunyai single player Story Mode. Jadi, players boleh main sesuka hati tanpa gangguan. Tak perlu risau kalau rasa bosan sebab game ni dipenuhi dengan side missions dan Gotham City pula besar dan dipenuhi dengan geng-geng Militia Arkham Knight. Jadi korang boleh belasah je diorang bila-bila masa je.
Side Missions yang banyak
Game ni penuh dengan side missions musuh-musuh Batman di seluruh Gotham City seperti The Riddler, Penguin, Two-face, Deathstroke dan pelbagai lagi. Kesemua side missions ini mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Jadi players tidak perlu risau jika mereka dah selesaikan main story. Mereka boleh sambung dengan side missions yang masih belum diselesaikan.
Game graphic yang lawa dan mantap!
Rocksteady berjaya membawa players ke Gotham City yang berasa hidup dan sangat lawa. Detail dalam game adalah sangat luar biasa. Dari air hujan yang mengalir pada suit Batman hinggalah ke setiap bangunan dalam Gotham City. Players akan terpegun dengan detail yang sangat mantap dalam game ni.
Gadgets dan tactics yang berbagai
Dari Batarang hinggalah ke Batmobile. Pelbagai gadgets boleh digunakan oleh Batman bagi melawan mush-musuhnya. Players juga perlulah kreatif dalam melakukan takedown tak kira direct combat mahupun stealth takedown. Batmobile juga memainkan peranan yang penting ketika berperang dengan tanks dan attack helicopters daripada Militia yang memenuhi Gotham City pada setiap masa.
Baca review kami di Batman: Arkham Knight – Adakah Ini Pengakhiran The Dark Knight?