BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

RX-78-2 Gundam

Kepada peminat Gundam diluar sana kalau korang tak kenal model Gundam RX-78-2 ini, cuba fikir balik betul ke korang ni peminat Gundam? RX-78-2 Gundam adalah antara model Gundam yang paling terkenal diseluruh dunia. Ia merupakan model Gundam klasik yang dijadikan monumen setinggi 18 meter di Tokyo, Jepun. Namun, ia telah pun dirobohkan pada bulan Mei 2017 dan digantikan dengan model RX-0 Unicorn yang tingginya mencecah 24 meter yang masih ada lagi sehingga ke hari ini.

patung gandum
Patung model RX-78-2 di Tokyo, Jepun.

Aku ingat lagi pertama kali ayah aku belikan aku patung Gundam dan minta aku pasang sendiri. Masa tu, aku budak sekolah rendah lagi. Budak kan? Kalau dapat mainan, mestilah happy. Tak kisah la kena pasang sendiri ke tak. Model Gundam yang first aku dapat tu ialah daripada model 00. Nama dia GN-001 Gundam Exia. Ayah aku belikan jenis HG (High Grade) bermaksud, versi yang aku dapat tu takde rangka dalam seperti RG (Real Grade) yang harganya mahal sedikit.

Aku habiskan masa hampir 4 jam untuk siap pasang model Gundam tu. Kira okay lah tu untuk first try. Dari situlah aku mula tanam minat untuk jadi pengumpul patung Gundam sebagai salah satu hobi aku.

gundam weapon

Senjata Dan Gear RX-78-2!

  • Laser Beam Saber
  • Beam Rifle
  • Bazooka
  • Shield
  • Core Fighter

Laser Beam Saber yang digunakan oleh RX-78-2 untuk bertempur jarak dekat. Senjata ni macam ala-ala lightsaber dalam Star Wars. Beam Rifle adalah untuk pertempuran besar di medan perang. Ia adalah senapang yang berpelurukan laser. Kalau korang pernah tengok mana-mana anime Gundam, beam rifle ni antara senjata yang biasa digunakan oleh mana-mana karakter Gundam yang lain.

RX-78-2 ni pertama kali diperkenalkan dalam Episod 1 siri anime Mobile Suit Gundam pada tahun 1979. Ya, kartun lama yang aku rekomen korang tengok kalau korang minat Gundam. Model RX-78-2 dianggap sebagai permulaan generasi Gundam yang sehingga kini masih disanjung tinggi oleh peminat-peminat Gundam yang lain.

Mana Nak Beli?

rx 78 2 real grade
Patung mainan RX-78-2 katgori RG.

Patung RX-78-2 yang aku ada adalah dari kategori RG. Aku beli dekat Gamers Arena di One Utama Mall, Kota Damansara dengan harga RM95.00. Korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis patung Bandai yang lain dan juga gred Gundam yang lain dengan harga yang murah.

Korang juga boleh saksikan Gundam RX ini beraksi dalam filem Ready Player One (2018) arahan Steven Spielberg di mana Gundam ini berlawan dengan Mecha-Godzilla. Sejujurnya, babak ini adalah antara babak yang paling GEMPAK yang pernah aku tengok selama aku minat Gundam ni. Walaupun sekejap je tetapi berbaloi!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More