BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

RX-78-2 Gundam Setinggi 60 Kaki Bergerak Di Yokohama Jepun

Video yang menunjukkan RX-78-2 Gundam setinggi 18 meter di bandar pelabuhan Yokohama di Jepun telah menarik lebih dari 6.1 juta tontonan di laman Twitter sejak bulan lepas.

Sudah tentu kami pun teruja dan tak sabar untuk menanti peluang hendak ke sana memandangkan kami pun adalah peminat RX-78-2 Gundam.

Ia menunjukkan RX-78-2 Gundam menggerakkan lengan dan kakinya. Ia adalah ujian pergerakkan pertama robot yang tingginya hampir 60 kaki dengan berat 25 tan.

Video yang dirakam oleh lensa telefoto dari pengguna Twitter @ yoshi115t, menunjukkan RX-78-2 Gundam membuat gerakan berjalan ketika keluar dari kawasan simpanan, sebelum berlutut dan kemudian mengangkat tangan kanannya ke arah langit.

Robot itu akan menjadi tarikan utama Gundam Factory Yokohama. Pada mulanya ia dijadualkan dibuka pada bulan October, tetapi ditangguhkan kerana wabak coronavirus. Apa yang kami tahu setakat ini, ia akan dibuka pada 19 Disember 2020.

gundam
Antara koleksi Gundam Kami

Tarikan pelancongan yang baru di Jepun ini akan menyambut peminat ke dua bahagiannya yang berbeza: Gundam Lab dan Gundam Dock Tower.

Gundam Lab adalah sebuah muzium yang memaparkan pelbagai cerita dan maklumat di sebalik proses pembangunan dan pembinaan RX-78-2. Terdapat juga pengalaman augmented reality di mana kau dapat berada dalam simulsi seperti berada di dalam kokpit Gundam sebenar, menghadap ke pemandangan bandar Yokohama.

Gundam Dock Tower adalah tarikan utama tempat ini. Di sini, kau akan mendapat akses ke pelbagai tingkat menara, yang membolehkan kau mengagumi setiap perincian mengenai ciptaan yang mengagumkan ini dari dekat.

Sudah tentu, seperti mana-mana tarikan, terdapat juga kafe bertema Gundam dan kedai hadiah di mana anda kau membeli barang-barang eksklusif dan kit Gunpla.

Tunggu apa lagi, mulalah kumpul duit dari sekarang.

Maklumat Tiket Untuk Melawat RX-78-2 Gundam

Semua maklumat mengenai pembukaan Gundam Factory Yokohama, tarikan yang ada dan juga tiket boleh dirujuk di laman web rasmi mereka Gundam Factory.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More