pubg s4 cover

PUBG – Musim ke 4

PUBG dikeluarkan pada March 2017.
Platform: PS4, Xbox One, PC dan Mobile
Penerbit: PUBG Corporation

Kalau korang dah biasa dengan game Battle Royale, jadi korang mesti tahu game PlayerUnknown’s Battleground (PUBG). PUBG telah kembali lagi dengan update baru iaitu, Season 4 yang sangat mengerunkan dan juga menarik perhatian ramai pemain. Banyak perubahan dari segi map dan karakter pemain akan dilakukan. Perubahan yang bagus ataupun tidak? Jom aku cerita.

Apa Itu Game PUBG?

PUBG adalah permainan antara pemain dalam pertempuran royale dalam talian yang diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat syarikat permainan video Korea Selatan, Bluehole.

Dalam game ni, akan ada sehingga 100 pemain terjun guna payung udara ke sebuah pulau dan mencari senjata dan peralatan untuk membunuh pemain lain sambil mengelakkan diri daripada dibunuh. Kawasan selamat ataupun safe zone pada peta permainan akan mengecil dari masa ke masa, mengarahkan pemain yang masih hidup untuk bergerak ke kawasan yang lebih padat untuk memaksa pertempuran. Pemain atau pasukan terakhir yang berdiri akan memenangi pusingan. Jadi pemain boleh main secara solo ataupun dalam pasukan. Sama seperti Fortnite dan Apex Legends.

Pembaharuan Dalam Season 4

Season 4 akan memberi beberapa perubahan terbesar game ni termasuklah peta yang dikemas kini, senjata dan mengimbangkan semula kenderaan dan perubahan besar untuk item-item penyembuhan.

pubg s4 date

Pembaharuan yang pertama adalah fizikal dan rupa peta Erangel akan diubahsuai sepenuhnya. Sebelum ni, Erangel nampak macam pulau yang terbiar. Tapi kali ni, ia akan kelihatan dan rasa seperti pulau yang ditinggalkan akibat dari zaman peperangan. Dengan kesan kemusnahan pada bangunan dan juga kawasan-kawasan lain di seluruh peta.

Tempat popular seperti Mylta Power, Penjara, Mansion, dan Military Base telah dibaik pulih dengan bangunan dan halangan yang diperbaharui. Terdapat juga perubahan yang kecil di seluruh peta seperti bukit telah ditaburkan pada kebanyakkan dataran terbuka atau berpindah ke kawasan lain. Berpuluh-puluh bangunan kecil juga telah ditambah di sekitar pulau.

pubg erangel

Seterusnya, pemain boleh pulihkan kecederaan sambil bergerak. Sebelum ni, pemain perlu berhenti di mana-mana tempat yang selamat untuk heal kan diri mereka. Tapi kalini korang boleh berjalan sambil menyembuh dengan menggunakan mana-mana item penyembuhan. Tetapi penyembuhan akan dibatalkan bila korang mula berlari. Aku amat teruja dengan perubahan ni. Ini boleh membantu korang ketika mengejar safe zone.

Story Trailer Baharu

Korang boleh tengok trailer baru PUBG Season 4 untuk gambaran lebih jelas berkaitan pembaharuan pada map.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *