PS5 vs Xbox Series X – Perang Konsol!
PS5 dan Xbox Series X bakal dikeluarkan tak lama lagi. Setiap kali ada berita mengenai dua nama besar ni, mesti korang akan bandingkan kaw-kaw kan? Mana satu lagi power? Mana satu lagi best? Mana satu lagi murah? Mana yang lagi berbaloi nak beli? Semua tu adalah soalan yang paling biasa korang akan tanya. Tapi korang tak pernah terfikir ke nak tahu lebih lanjut berkaitan apa yang ada dalam kedua-dua konsol game ini?
Sony dan Microsoft masing-masing telah mengeluarkan spesifikasi terkini bagi kedua-dua konsol game ini. Dengan harapan yang tinggi diletakkan pada mereka oleh kita dan seluruh dunia, adakah konsol ini akan mencapai benchmark spesifikasi konsol next-gen ini?
Berikut adalah senarai spesifikasi yang penting daripada kedua-dua konsol game tersebut:
JENIS SPECS | PS5 | XBOX SERIES X |
Harga | TBA | TBA |
Tarik Pengeluaran | Musim cuti 2020 | Musim cuti 2020 |
Backwards Compatibility | Lebih kurang 200 tajuk game dari PS4 dan PS4 Pro | Semua tajuk game daripada Xbox One, Xbox One X, Xbox 360 dan Xbox yang original |
CPU | 8-core 3.5 GHz AMD Zen 2 | 8-core, 3.8 GHz AMD Zen 2 |
GPU | 10.3 teraflop AMD RDNA 2 | 12.0 teraflop AMD RDNA 2 |
RAM | 16 GB GDDR6 | 16 GB GDDR6 |
Internal Storage | 825 GB custom SSD | 1 TB custom NVMe SSD |
Resolusi | Boleh naik ke 8K | Boleh naik ke 8K |
Frame Rate | Boleh mencapai ke 120 fps | Boleh mencapai ke 120 fps |
Optical Drive | 4K UHD Blu-ray | 4K UHD Blu-ray |
External Storage | NVMe SSD Slot, USB HDD Support | Seagate Proprietary External 1TB SSD Expansion Card, USB 3.2 HDD Support |
Kalau korang perhatikan jadual spesifikasi di atas ni, korang akan perasan yang kedua-dua konsol game berikut telah dinaik taraf hampir dalam semua aspek berbanding konsol lama mereka, PS4 dan Xbox One. PS5 dan Xbox Series X masing-masing akan mampu untuk support resolusi sehingga ke 8K gaming. WOW! Kalau korang ada PS4 Pro, korang mesti cuba game God of War dan Spider-Man dalam resolusi maximum, 4K. Korang akan tahu sendiri betapa lawa dan mengagumkan detail dan grafik yang terdapat dalam kedua-dua game tersebut. Contoh macam tesktur suit Spider-Man pun korang boleh nampak dengan jelas. Jadi, aku tak sabar nak tengok bagaimana 8K diaplikasikan ke dalam video game. Pastikan korang ada TV yang ada 8K lah. Macam TV kat rumah aku ni mampu takat 4K je. Hint kena beli TV baru ke ni? Hm
Frame rate 120 fps pada game? Anggap lah ciri ni normal sebab dah memang ada lama pada PC gaming. Smartphone sekarang pun dah boleh support 120 fps. So, ni benda biasa.
Aku keliru kenapa Sony memilih untuk adakan internal storage sebanyak 825GB. Kenapa mereka tak up kan sehingga 1TB seperti Xbox Series X? Mungkin Sony ingin konsol mereka untuk berfungsi dengan smooth dan laju berbanding Xbox yang inginkan specs yang tinggi untuk lebih kuasa dalam konsol baru mereka ini. Kita lihat nanti macam mana performance kedua-dua konsol ini. Microsoft telah melancarkan Xbox Series X kepada tech reviewers seperti Austin Evans, untuk rasa sendiri first impression Xbox Series X. Manakala, Sony tidak mengeluarkan apa-apa info terbaru berkaitan model mereka.
Playstation 5

Setakat ini, tiada lagi gambar sebenar model Playstation 5. Sony memang play safe dengan pelancaran konsol terbaru mereka. Sony juga telah berkata yang mereka akan tunggu Xbox merasmikan harga Xbox Series X dahulu sebelum Sony merasmikan harga PS5. Bagi tujuan apa? Aku pun kurang pasti. Mungkinkah diorang nak buat comeback selepas Xbox? Mungkin. Tapi kalau nak bandingkan kedua-dua konsol game ini, Sony selalu mendapat tarikan dan untung yang lebih banyak berbanding Xbox. Jadi, masih dalam perbincangan kenapa Sony masih menyimpan banyak rahsia daripada pihak umum berkaitan konsol baru mereka.
Xbox Series X

Ya, Xbox terbaru ini akan menyokong removable storage. Terima kasih kepada kad pengembangan 1TB. Microsoft menggunakan kad pengembangan khas, dan ia telah bekerjasama dengan Seagate untuk melancarkan kad pengembangan 1TB, secara istimewa untuk Xbox Series X. Kad-kadnya hanya memasuki bahagian belakang konsol dan digunakan sebagai cara cepat untuk memperluaskan 1TB NVME SSD yang dah sedia ada dalam konsol. Microsoft menggunakan sambungan PCI Express 4.0 untuk kedua-dua dalaman SSDE SSD dan SSD external yang bermaksud kelajuannya direka untuk game next-gen. Ini juga bermakna bahawa game yang dioptimumkan untuk Xbox Series X perlu dimainkan pada SSD dalaman atau kad pengembangan tersebut.
Xbox Series X telah menunjukkan bahawa ia bakal menjadi lebih berkuasa berbanding PS5 dari segi spesifikasi. Tetapi adakah ini bermaksud Xbox akan menang peperangan ini? Mungkin ya, mungkin tidak. Walaubagaimanapun, aku lagi tak sabar nak tahu game esklusif apa yang bakal dikeluarkan oleh kedua-dua konsol ini. Buat masa ni, minat aku masih berbelah kepada Playstation lebih lagi kalau nak ikut pada sejarah mereka dengan game-game esklusif. Aku akan ceritakan dengan lebih lanjut.
Game Esklusif?

So, apa game-game yang korang boleh nantikan ketika pelancaran nanti? Setakat yang telah confirm, di belah Microsoft, Xbox Series X akan dilancarkan bersama Halo: Infinite ataupun Halo 6. YA! Setelah sekian lama, akhirnya game baru Halo bakal dikeluarkan. Aku takde lah minat sangat game Halo ni tapi aku boleh merasakan hype peminat-peminat game itu!

Di belah Sony pula, kami tak pasti lagi game apa yang akan dilancarkan bersama PS5 tetapi dengar cerita, Godfall dan Watch Dogs: Legion bakal dimainkan pada konsol next-gen Sony. Macam biasa, kita tunggu sahaja berita terkini oleh Sony mengenai konsol mereka ini.