BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Playstation 5 – Akhirnya Diperkenalkan Secara Rasmi

Maka, itu sahaja untuk acara PlayStation 5 pagi tadi. Aku punya teruja tu sampai jaga awal sebelum subuh semata-mata nak tengok live stream event PS5 tu. Jelas, tumpuannya adalah pada game sahaja dan bukannya spesifikasi dan hardware – tetapi akhiri dengan kejutan! (nanti aku cerita lebih lanjut) – dan peminat mendapat apa yang mereka mahukan. Bermula dengan GTA V yang disempurnakan (enhanced) untuk bermain di PS5 dan meneruskan tajuk baru Spider-Man, Horizon Zero Dawn, Hitman, Resident Evil dan Ratchet & Clank. Namun, kejutan yang paling kita semua harapkan adalah pendedahan konsol PlayStation 5 itu sendiri. Penukaran sepenuhnya bagi reka bentuk konsol daripada sebelumnya, meninggalkan semua warna hitam yang telah kita lihat pada tiga konsol terakhir dan berpihak kepada monolit putih dan hitam futuristic.

horizon zero dawn 2
Horizon Zero Dawn 2: Forbidden West.

Berbanding dengan aliran permainan Xbox Series X baru-baru ini, yang memfokuskan pada tajuk indie yang asli, ini adalah serangan besar yang menggembirakan peminat dari Sony. Tetapi kami belum mengetahui berapa banyak tajuk game yang eksklusif bagi Playstation.

Dan kami masih tidak dapat tarikh untuk bila PS5 ini keluar dan berapa harganya. Yang kita tahu, PS5 akan dikeluarkan pada musim cuti tahun 2020 ini.

Setelah berbulan-bulan menunggu berita mengenai konsol PS5, akhirnya, Sony telah memberi peminat, apa yang mereka mahukan selama ni. Sony juga telah mempamerkan controller terbaru mereka, Dual Sense, pada 8 April 2020 haritu.

Pendedahan Konsol Playstation 5

playstation 5 gears
Model-model berupa baru yang akan dilancarkan bersama PS5 nanti.

Mereka menyimpannya hingga akhir, tetapi Sony akhirnya telah mengungkap reka bentuk PlayStation 5, sebuah mesin putih robot yang kelihatan ultra futuristic, dengan garis meluncur dan lapisan tengah hitam. Konsol akan hadir dalam dua versi: Standard Model yang memiliki disk drive dan Digital Version yang tidak mempunyai disk drive dan bergantung kepada downloadable games sahaja . Ia akan disertakan dengan kamera 3D. Sony juga akan melancarkan remote kawalan terbaru untuk PS5 seperti yang kita gunakan pada TV.

Berikut adalah treler bagi beberapa tajuk besar bagi game yang bakal dikeluarkan pada PS5 nanti.

1. Spider-Man: Miles Morales

2. Horizon Zero Dawn 2: Forbidden West

3. Resident Evil: Village

4. Ratchet and Clank: Rift Apart

5. Hitman 3

Butiran lebih lanjut mengenai konsol PS5 ataupun kalau korang nak tonton live stream pagi tadi, korang boleh baca dan lihat pada lama web official Playstation.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More