BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

PlayStation 5 Akan Dilancarkan Pada 11 Disember Di Malaysia

Akhirnya, Sony Interactive Entertainment mengumumkan harga dan tarikh pelancaran konsol PlayStation 5 secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) pada 11 November telah mengumumkan bahawa PlayStation 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020.

Edisi Digital PS5 akan tersedia dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM1,869 manakala PS5 dengan pemacu cakera Ultra HD Blu-ray akan tersedia dengan harga RM2,299.

Sila rujuk artikel ini untuk Spesifikasi PlayStation 5.

PlayStation 5 Malaysia

Sony juga telah mengumumkan aksesori-aksesori rasmi PlayStation 5 dan harganya:

  • Alat Kawalan Dualsense – RM349
  • Headset tanpa wayar Pulse 3D – RM469
  • Kamera HD untuk live broadcast – RM279
  • Media Remote untuk menavigasi filem dan perkhidmatan penstriman dengan mudah – RM149
  • DualSense Charging Station – RM149

Permainan-permainan PlayStation 5 yang akan dilancarkan pada hari pelancaran PS5 juga boleh dipra-tempah

  • Astro’s Playroom (Japan Studio) – pre-installed on PS5
  • Demon’s Souls (Bluepoint Games / Japan Studio) – RM299
  • Marvel’s Spider-Man: Miles Morales (Insomniac Games) – RM209
  • Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition (Insomniac Games) – RM299
  • Sackboy A Big Adventure (Sumo Digital / XDEV) – RM249

Murah Atau Mahal PlayStation 5 Ni?

Kalau kau bandingkan harga konsol PlayStation 5 ini dengan harga sebuah handphone, PS5 ni memang murah.

Kau tengok je harga terkini Apple iPhone dan Samsung Galaxy

  • Apple iPhone 12 Pro Max RM 5,299
  • Samsung Galaxy S20 Ultra RM 3,798

Kau belikan sahaja iPhone 12 Pro Max atau pun ambil yang murah sikit iaitu Apple iPhone 12 mini untuk bini kau. Harganya baru RM 3,399. Kalau beli dengan pembelian interest free selama 12 bulan pun, baru RM 283 sebulan.

Belikan dulu iPhone 12 ni untuk bini kau, lepas tu belikan untuk diri sendiri PS5. Aku pasti dia tak akan merungut walau sepatah pun.

Hebat tak idea aku ni?

Anyway, aku rasa lebih baik tunggu tahun depan atau paling awal pun selepas Christmas untuk beli PS5 ni. Nak buat pre-order pun dah tak boleh, rasanya semua tempat dah penuh. Apalah sangat tunggu sebulan dua untuk PlayStation 5 ni, bukan ada masa sangat nak main pun.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More