BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Play At Home Memberi Game Indie Percuma Kepada Pengguna Playstation

Ya, betul tu! Play At Home telah kembali lagi. Pada tahun 2020 yang lepas, Sony telah memperkenalkan kita dengan inisiatif baru mereka di mana mereka memberi pelbagai game percuma kepada pelanggan mereka. Inisiatif ini terhasil daripada pandemik Covid-19 yang telah melanda di seluruh dunia. Sony berharap dengan inisiatif ini, kesemua pelanggan mereka akan terus berasa dalam keadaan teruja dengan game percuma yang diberikan.

Pada kali ini, sembilan game percuma seterusnya kini tersedia untuk ditebus. Walaupun tajuk kesepuluh yang diumumkan, Horizon Zero Dawn Complete Edition tidak akan tersedia sehingga 19 April ini, korang boleh menebus sembilan game berikut sepenuhnya percuma sekarang.

Senarai Game Percuma Play At Home – Boleh Di Muat Turun Bermula 25 Mac 2021

  • Abzû
  • Enter the Gungeon 
  • Rez Infinite 
  • Subnautica
  • The Witness 
  • Astro-Bot Rescue Mission (PSVR) 
  • Moss (PSVR)
  • Thumper (PSVR)
  • Paper Beast (PSVR)

Kesemua game ini tersedia untuk pemain Playstation tanpa sebarang kos dan tanpa ikatan. Inisiatif Play At Home ini adalah untuk mendorong korang tinggal di rumah dan berada dalam keadaan selamat untuk mengurangkan kesan wabak yang sedang berlaku. Jadi apa yang lagi best daripada duduk rumah main game dan rileks? Korang juga tidak perlu menjadi pelanggan PS Plus untuk merebut game-game ini, dan setelah dah menebusnya, game tersebut adalah milik anda selama-lamanya.

Sembilan game ini akan tersedia untuk ditebus secara percuma sehingga 22 April ini. Korang boleh memuat turunnya di Playstation Store di PS4 atau PS5 korang, atau di web PS Store.

Namun, ada sedikit berita yang kurang gembira. Enter The Gungeon tidak tersedia di Cina, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand. Maka, tinggal lapan game sahaja yang masih ada. Ratchet & Clank juga masih tersedia untuk di muat turun secara percuma sehingga 31 Mac ini.

Sony dijangka akan mengumumkan permainan percuma tambahan yang akan datang ke Play At Home pada bulan-bulan akan datang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More