BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Pandangan Pertama Siri Marvel Di Disney Plus!

Kalau korang tak tahu lagi pasal Disney Plus, apa yang korang buat selama ni? Disney Plus adalah platform streaming terbaru yang telah dikeluarkan oleh syarikat Disney dan boleh dilanggan oleh negara US, Canada, Netherlands, Australia, New Zealand dan Puerto Rico sahaja bermula 12 November 2019 yang lalu. Ia sama je seperti Netflix cuma kandungannya merangkumi semua filem, siri tv dan dokumentasi yang diterbitkan oleh Disney sahaja termasuklah Star Wars dan Marvel.

Ketika Disney Plus mula diumumkan pada tahun lalu, Marvel Studios telah membuat pengumuman bahawa mereka akan mengeluarkan tv siri Marvel yang antaranya akan berkait rapat dengan filem MCU. Walau bagaimanapun, semua ini adalah dikategorikan sebagai siri tv yang bermaksud mereka akan ditayangkan secara bermusim dan berepisod. Sejujurnya, itu adalah langkah yang bernas bagi Marvel untuk memuaskan hati penonton dan peminat Marvel sendiri.

Antaranya rancangan yang telah diumumkan secara rasmi adalah:

  • The Falcon and The Winter Soldier – Ogos 2020
  • Wanda Vision – December 2020
  • Loki – Tahun 2021
  • What If…? – TBA
  • Hawkeye – TBA
  • Ms. Marvel – TBA
  • Moon Knight – TBA
  • She-Hulk – TBA

Baca sahaja senarai ni dah boleh buat aku rasa tak sabar dan teruja untuk menonton semua siri ini termasuklah karakter-karakter Marvel yang baru yang jarang orang kenal. Kalau dulu kita baca komik sahaja dan hanya mampu membayangkan karakter-karakter ini seolah-olah mereka hidup. Tetapi kali ni, kita boleh melihat mereka sendiri secara langsung!

CEO Disney, Bob Iger juga berkata bahawa, terdapat sejumlah 10 siri Marvel yang sedang berada dalam produksi di Disney untuk ditayangkan di Disney Plus.

Treler Pertama Siri Marvel Di Disney Plus

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More