switch lite cover

Nintendo Switch Lite – Berbaloi ke?

Pada bulan March 2017, Nintendo mengumumkan pengeluaran platform gaming terbaru mereka iaitu, Nintendo Switch yang juga dikeluarkan pada masa yang sama. Apa yang membuatkan Nintendo Switch ni berbeza dengan platform gaming yang lain adalah kebolehan ia untuk switch kepada pelbagai cara untuk main game. Tambahan pula, controller ataupun dipanggil sebagai Joy-Con, yang boleh ditanggalkan pada bila-bila masa sahaja daripada skrin Nintendo Switch dan boleh berkongsi dengan orang lain. Antara features yang ada pada Nintendo Switch:

  • Tv Mode – Connect dan main game di skrin Tv
  • Tabletop Mode – Dirikan screen Nintendo Switch untuk bermain bersama-sama dengan rakan secara co-op atau multiplayer.
  • Handheld Mode – Main terus Nintendo Switch tanpa menanggalkan Joy-Con.

Apa Itu Nintendo Switch Lite?

switch lite cover

Terdapat khabar yang mengatakan Nintendo akan keluarkan beberapa versi Nintendo Switch yang lain pada masa akan datang. Tanpa sebarang berita, Nintendo terus umumkan Nintendo Switch Lite yang akan dikeluarkan pada 20 September 2019. Nintendo Switch Lite adalah lebih murah berbanding Nintendo Switch yang asal iaitu, dalam $100 (RM 410.91) lebih murah.

Tetapi ada features yang akan dikorbankan. Switch Lite tidak boleh connect dan main di Tv. Ia juga tidak ada Joy-Con kerana controller dah ada sekali pada permainan konsol. Konsol ni hanya fokuskan pemain yang bermain secara handheld sahaja seperti konsol Playstation Vita (PS Vita).

Switch Lite mempunyai skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 720p. Ini telah mengecilkan skrin turun sedikit dari saiz Switch yang asal yang berukuran 6.2 inci. Jangka hayat bateri dikatakan ada penambahbaikan. Ia mampu bertahan sehingga enam jam yang bergantung kepada permainan.

switch lite warna

Switch Lite akan ada 3 jenis warna iaitu Blue, Grey dan Turquoise. Jadi korang boleh pilih warna ikut citarasa korang. Berkaitan game pula, hanya game yang support konsol handheld sahaja yang boleh main. Untuk info lanjut, korang boleh lihat video di bawah oleh CNET.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *