monster hunter iceborne

Monster Hunter World: Iceborne Beta untuk ahli PS Plus Bermula Hari Ini

Monster Hunter World: Iceborne Beta ini hanya eksklusif untuk ahli PS Plus. Walaupun versi penuh nanti boleh dimainkan pada konsol Xbox One, namun pemilik Xbox One tidak berpeluang untuk mencuba beta ini. Begitu juga kepada pemilik-pemilik PC.

Kesian, kan!

Untuk mereka yang tidak tahu, Monster Hunter World: Iceborne bersambung sejurus selepas Monster Hunter: World. Expansion besar-besaran ini akan memperkenalkan master rank baru dan juga ciri-ciri baru seperti raksasa, senjata, perisai dan cerita baru. Terdapat action mechanics yang lebih menarik iaitu fungsi Clutch Claw yang membenarkan pemain untuk mencengkam dan memanjat raksasa. Semasa aku cuba tadi, fungsi ni menggunakan banyak stamina, jadi kenalah berhati-hati.

Di dalam Monster Hunter World: Iceborne Beta ini, kau boleh bermain seorang diri atau di dalam sebuah kumpulan sehingga 4 orang pemain. Kau juga tidak perlu memiliki permainan asal Monster Hunter World untuk bermain beta ini.

Kau boleh mencuba 14 jenis senjata di kawasan latihan dan terdapat 3 quest yang boleh dimainkan bergantung kepada tahap kesukaran:

  • Beginners: Hunt the Great Jagras in the Ancient Forest
  • Intermediate: Hunt the Banbaro in the Hoarfrost Reach
  • Experts: Hunt the Tigrex in the Hoarfrost Reach
Monster Hunter World: Iceborne Beta

Nota penting: Walaupun Monster Hunter World: Iceborne Beta ini boleh dimuaturunkan lebih awal, tetapi ia hanya boleh dimainkan pada tarikh yang ditetapkan. Setakat ini waktu yang dipaparkan di PlayStation Store ialah :

  • dari 21 – 24 Jun 2019 untuk ahli PS Plus Sahaja
  • dan juga dari 28 Jun – 1 Julai 2019 untuk semua pengguna PlayStation termasuk yang bukan ahli PS Plus.

Kami dah muaturun semalam tetapi hanya pada jam 10 malam tadi baru dapat cuba.

Monster Hunter World: Iceborne akan dilancarkan secara rasmi di PlayStation 4 dan Xbox One pada 6 September 2019 ini dan akan diikuti oleh versi PC selepas itu (tarikh tidak dinyatakan).

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *