Monster Hunter World Diberikan Percuma Untuk Pelanggan PS Plus
Monster Hunter World diberikan secara percuma bermula hari ini, 18 Mac 2020, sehingga 22 April 2020 untuk semua pelanggan PlayStation Plus. Sebelum ini, hanya 2 sahaja permainan percuma yang diumumkan untuk bulan Mac, iaitu Shadow Of The Colossus dan Sonic Forces.

Sekarang dah dapat lebih, mesti kau seronok, kan?
Kalau dah duduk di rumah sahaja disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, Monster Hunter World ini sudah pastinya menambahkan lagi pilihan permainan yang boleh dimainkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.
Langgan PS Plus atau beli Monster Hunter World
Kalau kau bukan pelanggan PS Plus, harga langganan selama 12 bulan ialah RM159.
Jika dibandingkan dengan harga Monster Hunter World sekarang iaitu RM128 (harga promosi), memang nampak harga permainan ini lebih murah dari harga langganan PS Plus.
Tetapi jangan lupa ya, PS Plus datang dengan dua permainan percuma setiap bulan. Rujuk:
- Senarai Penuh Game Percuma Untuk Ahli PS Plus 2020
- Senarai Penuh Game Percuma Untuk Ahli PS Plus 2019
Sudah tentunya lebih berbaloi melanggan dari hanya membeli Monster Hunter Word.
Dan kalau kau rajin mencari dan periksa promosi-promosi terkini, selalunya boleh dapat harga langganan yang lebih murah.
Monster Hunter World: Iceborne
Kau juga boleh dapatkan Monster Hunter World: Iceborne dengan harga RM123.90 sempena jualan Mega March Sale.