BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Call of Duty: Modern Warfare (2019) – Pendedahan Gameplay Rasmi

Pada 12 July yang lalu, Infinity Ward telah membuat pengumuman di laman sosial media mereka yang menyatakan bahawa permainan multiplayer bagi Call of Duty: Modern Warfare akan didedahkan pada 1 August ini kepada seluruh dunia! Instagram @callofduty juga telah memuat naik video baru pada feed mereka pada 23 July 2019.

Walau bagaimanapun sejumlah gamers dari Youtube dan Twitch telah dijemput oleh Infinity Ward untuk merasakan pendedahan pertama terhadap mode baru Call of Duty iaitu, Gunfight.

Apa Itu Gunfight?

Gunfight akan menjadi salah satu daripada mode multiplayer baru yang akan ada dalam game Call of Duty terbaru ini. Gunfight secara asasnya melibatkan 4 orang pemain yang akan berlawan secara 2v2. Setiap team akan diberikan satu class senjata sahaja yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah ataupun custom. Class senjata tersebut akan berubah setiap pusingan.

Cara permainannya mudah sahaja. Kalahkan semua pemain dalam pasukan lawan dalam masa 40 saat. Jika salah satu daripada pemain dalam pasukan mati, pemain tidak akan respawn semula sehinggalah tamat pusingan tersebut. Pasukan mana yang mampu bertahan, akan memenangi pusingan tersebut. Tetapi, jika pemain dalam kedua-dua pasukan mampu bertahan sehingga masa tamat, satu flag akan muncul ditengah-tengah peta. Kedua-dua pasukan ada 10 saat untuk dapatkan flag tersebut. Pasukan mana yang berjaya akan memenangi pusingan.

cod gunfight

Peta yang disediakan untuk mode ini adalah sangat kecil dan padat kerana masa diberikan hanya sikit. Rekaan peta pula sangat sistematik dan seimbang kerana terdapat pelbagai tempat untuk berlindung dan melakukan serangan bagi kedua-dua pasukan.

Gameplay Yang Lebih Kepada Realism

Dari apa yang kami dapat lihat, pergerakan pemain di dalam game berasa sangat berat dan realistik. Ini menunjukkan bahawa Infinity Ward akan fokuskan permainan yang serupa seperti askar di dunia sebenar. Pergerakan yang diubah adalah seperti cara berlari, berjalan, memegang senjata, dan ketika reload senjata. Berbanding game-game Call of Duty yang sebelum ini, di mana pemain mampu membuat pergerakan yang tak masuk akal ketika melakukan kill. Adakah ini akan menjadi rujukan kepada semua game askar selepas ini?

Ya.. aku noob. So, aku tak puas hati sikit bila selalu kena kill.

Kali ni, pemain akan rasa lebih grounded dan lebih terhad ketika melakukan serangan. Walau bagaimanapun, kalau dah pro tu memang pro lah..

Perubahan dari segi grafik juga kelihatan sangat berbeza dan lebih terperinci dari segi pencahayaan dan bayang-bayang. Call of Duty telah melakukan usaha yang bagus dalam menambahbaik visual dalam game mereka. Korang boleh tengok sendiri gameplay di bawah yang di ambil dari Infinity Ward di Youtube.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca artikel kami berkaitan Call of Duty: Modern Warfare (2019) ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More