BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Call of Duty: Modern Warfare (2019) – Apa Yang Korang Perlu Tahu

Modern Warfare

Lupakan pasal WWII. Lupakan pasal teknologi futuristic. Call of Duty akan kembali semula ke zaman kegemilangannya iaitu Modern Warfare francais! Modern Warfare adalah francais yang paling disayangi oleh fans game Call of Duty.

Ini semua tentang realiti perang yang digemari kali ini, tajuk ‘Modern Warfare’ merujuk kepada peralatan perang berteknologi tinggi pada hari ini, mesin peperangan canggih dan moden yang digunakan dalam pertempuran pada masa kini.

Game ini adalah reboot kepada game Call of Duty 4: Modern Warfare (2007) yang juga telah di-remastered-kan pada tahun 2016 dan telah dilancarkan secara percuma kepada semua yang telah melanggan kepada Playstation Plus pada bulan Mac 2019 yang lalu.

Tarikh pelancaran CoD: Modern Warfare

Sebelum E3 2019, Call of Duty: Modern Warfare telah bocor menjelang acara E3 2019. Tetapi trailer yang dilancarkan secara rasmi telah memberikan kami gambaran pertama dan pelbagai butiran untuk game tersebut. Termasuklah tarikh pelancaran, yang ditetapkan pada 25 Oktober 2019. Korang juga dah boleh pre-order game ni di laman web rasmi Call of Duty juga.

Trailer CoD: Modern Warfare

Game ini boleh didapati dalam semua platform, iaitu PS4, PS4 Pro, Xbox One, Xbox One X dan juga PC. Content juga adalah sama untuk semua platform. Seperti biasa, Call of Duty akan melancarkan game mode seperti Single Player Campaign dan juga Online Multiplayer. Selain daripada itu belum ada pengumuman rasmi oleh developers game ini iaitu Infinity Ward dan Activision.

Korang boleh saksikan perasmian game ni di E3 2019 yang dijadualkan pada 12 Jun 2019 dan menyaksikan juga pelancaran game-game baru yang lain. Sementara korang tunggu pelancaran rasmi game Modern Warfare terbaru ni, korang boleh main dulu game-game Call of Duty yang berkaitan, iaitu:

  • Call of Duty 4: Modern Warfare (2007)
  • Call of Duty: Modern Warfare 2 (2009)
  • Call of Duty: Modern Warfare 3 (2011)
  • Call of Duty 4: Modern Warfare Remastered (2016)

Maklumat Terkini CoD: Modern Warfare

Jun 12 2019 – Infinity Ward berkongsi beberapa tangkapan skrin dan butiran tambahan untuk mod multiplayer Modern Warfare. Satu gambar menunjukkan gambar seorang sniper yang sedang dalam posisi sedia menembak manakala gambar yang lagi satu menunjukkan Juggernaut suit.

moder warfare sniper Gillie Suit
modern warfare juggernaut suit

Info lanjut mengenai gameplay pertama bagi game ni telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Call of Duty. Korang boleh baca tentang berita tersebut pada artikel terkini kami.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More