Marvel’s Avengers BETA Boleh Dimainkan Sehingga 23 Ogos 2020

Marvel's Avengers BETA

Kalau kau tak ada apa nak buat minggu ni, kau memang bernasib baik. Marvel’s Avengers BETA boleh dimainkan sejak semalam sehingga esok, iaitu pada hujung minggu ini, 21-23 Ogos.

Marvel’s Avengers BETA ini terbuka untuk semua yang belum membuat pra-pesanan Marvel’s Avengers. Tak kira sama ada kau pemilik PS4, Xbox atau PC.

Kau kau bermain dengan PS4, kau perlu mendaftar akaun Square-Enix (secara percuma) menggunakan email yang sama dengan akaun PlayStation untuk memulakan permainan. Aku tidak pasti untuk Xbox atau PC.

Korang ada sehingga hari Ahad malam jam 9 malam.

Aku dah cuba tadi, muat-turun hanya sekitar 5 minit dan terus boleh main Marvel’s Avengers.

Pada pandangan pertama ini, boleh dikatakan – WOW!

Grafik yang hebat. Pertukaran dari satu watak ke watak seterusnya amat lancar. Tutorial dalam permainan juga agak mudah untuk diikuti. Kalau kau pernah bermain Marvel’s Spider-Man sebelum ini, kau akan dengan mudah memahaminya.

Kau memulakan permainan misi Golden Gate sebagai Thor, kemudian Iron Man, Hulk, Captain Amerika dan akhirnya sebagai Black Widow. Setiap adiwira mempunyai aksi dan cara berlawan yang berlainan.

Cuma satu sahaja perkara yang agak pelik. Bila kau bermain sebagi Hulk, kau perlukan sekurang-kurangnya tiga pukulan untuk mengalahkan askar-askar musuh yang terdiri dari manusia biasa.

Hulk? Perlukan 3 pukulan?

Bukan enhanced super soldier pun. Pelik, kan?

Sebenarnya, aku bermain terlalu cepat, permainan Marvel’s Avengers ini belum sempat habis download lagi. Selepas Taskmaster dikalahkan oleh Black Widow, Helicarrier pulak meletup dan selepas Ms Marvel menaiki Quinjet permainan itu terhenti di situ.

Kita sambung esok sajalah.

Aku sangat mengesyorkan kau mencuba versi BETA ini. Kalau kau memang tidak pasti sama ada untuk membeli permainan ini atau tidak, masa BETA ini lah paling baik nak cuba dan habiskan duit tu selepas ni, ha.. ha.. ha..

Marvel’s Avengers yang telah dipersembahkan pada E3 2019 dulu ini akan dilancarkan pada 4 September untuk Xbox One, PS4 dan PC. Untuk membelinya di PlayStation Store, ikut link ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *