BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Marvel Ultimate Alliance 3 – Lagi Ramai Karakter, Lagi Bagus!

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order dikeluarkan pada 19 July 2019.
Platform: Nintendo Switch
Penerbit: Team Ninja

Berbaloi Tak Marvel Ultimate Alliance 3 ni?

Kami bagi 3.5/5 – Pembaharuan pada animasi dan karakter sangat memujakan. Tetapi perlawanan yang diulang-ulang boleh menimbulkan rasa bosan.

Apa Yang Bagus?

  • Sebanyak 30 karakter Marvel yang boleh dimainkan.
  • Setiap karakter ada serangan unik yang tersendiri.
  • Lebih seronok main online!

Apa Yang Tak Bagus?

  • Serangan yang sama berulang-ulang.
  • Kamera pada karakter ketika bermain berasa agak kekok dibeberapa kawasan kecil dan ketat.
  • Sistem dalam game yang agak rumit.

Masih ingat lagi game Marvel Ultimate Alliance yang korang main dekat PS2 semasa zaman sekolah dulu? Waktu tu, game Ultimate Alliance adalah game Marvel yang paling best pernah aku main. Dengan ramai karakter Marvel yang korang boleh gunakan dan pelbagai serangan kombo yang korang boleh aktifkan. Sekarang, Ultimate Alliance 3 pula telah dikeluarkan untuk korang menikmati semula permainan klasik itu!

Ulasan Game Ultimate Alliance 3

Mengambil inspirasi dari kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame, Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order mengikuti cerita Thanos dan The Black Order yang terdiri daripada Corvus GlaiveProxima MidnightEbony MawCull Obsidian dan Supergiant, yang ingin mengumpul Infinity Stones untuk menakluki alam semesta. Pasukan Avengers dan sekumpulan karakter-karakter baru, harus bergabung untuk kalahkan Thanos dan ketua-ketua penjahat yang lain dalam misi menyelamatkan dunia.

Korang boleh main game ni secara solo. Korang juga boleh main secara online ataupun co-op. Kami sarankan korang bermain dengan rakan-rakan dan pemain dalam talian untuk merasa sendiri pengalaman yang lebih menyeronokkan kerana berpeluang untuk bermain dengan pemain yang berbeza citarasa antara satu sama lain.

Ramai Karakter Marvel Baru!

ultimate alliance character

Bayangkan gabungan antara beberapa ahli pasukan Avengers dan ahli pasukan Guardians of The Galaxy dalam team yang sama? Mestilah kombo yang sangat menarik! Kalau dulu korang dah biasa dengan karakter seperti Spider-Man, Captain America, Iron Man dan Wolverine, kali ni korang berpeluang untuk bermain dengan karakter yang korang baru kenal seperti Star-Lord, Doctor Strange, Miles Morales dan Black Panther.

Design setiap karakter adalah campuran dari komik dan juga filem-filem Marvel yang ada. Jadi korang akan rasa nostalgia sedikit bila melihat karakter design yang berupa seperti dalam komik seperti Luke Cage, Wolverine, Ms. Marvel dan ramai lagi.

Cara Permainan Yang Masih Sama

Ultimate Alliance 3 kekalkan cara main yang sama seperti keluaran sebelumnya dari segi perlawanan, pergerakan dan pemilihan pasukan iaitu, 4 karakter dalam satu pasukan. Walau bagaimanapun ada sedikit rumitan bila sentuh tentang sistem di dalam game. Kami akan sentuh lagi berkaitan hal tersebut.

ultimate alliance 3 gameplay

Cara nak main senang je. Teruskan tekan butang ‘attack’ tu selagi boleh hahahaha… Setiap karakter ada Light Attack, Heavy Attack dan Special Attack tersendiri. Setiap perlawanan juga berasa berulang-ulang. Korang kena lawan dengan orang-orang jahat lepas tu, sambung lawan bos-bos jahat pula. Benda yang sama je. Tetapi pemain boleh lakukan kombo yang sangat gempak yang dinamakan Ultimate Alliance Extreme di mana semua karakter dalam pasukan pilihan korang akan bergabung kuasa untuk hasilkan serangan kombo yang besar!

Sistem Karakter Yang Merumitkan

Ada bagusnya dalam sistem karakter ni seperti pengubahsuaian karakter mengikut citarasa pemain. Selain itu, karakter yang mempunyai kuasa yang sama seperti Spider-Man, Spider-Gwen dan Miles Morales masing-masing memiliki special attack tersendiri yang membezakan mereka seperti ‘wide spread web shots’ oleh Spider-Gwen.

Walau bagaimanapun, yang merumitkan permainan adalah perkembangan karakter dari segi tahap ataupun level. Contohnya, jika korang selalu guna karakter yang sama, dalam masa yang sama korang akan naikkan level karakter tersebut dari segi serangan dan kuasa. Hasilnya pula, karakter tersebut akan jadi lebih kuat berbanding karakter level rendah yang lain. Karakter yang mempunyai level yang rendah akan memberi damage yang sedikit pada musuh. Oleh itu, karakter level rendah akan dipinggirkan kerana korang akan lebih suka menggunakan karakter level tinggi.

Untuk elakkan perkara macam tu berlaku, korang kena pelbagaikan gabungan karakter pilihan korang. Kurangkan guna karakter yang sama sahaja. Rugi lah kalau tak guna semua karakter yang ada.

Hanya Ada Pada Nintendo Switch Sahaja

Walaupun Nintendo akan keluarkan produk baru mereka, Nintendo Switch Lite, game ni tidak akan keluar pada platform baru tersebut. Tiada khabar yang mengatakan game ni boleh di mainkan pada Nintendo Switch Lite.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More