BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Marvel Legends Spider-Man dari Hasbro

spider man cover
Sebelah kiri adalah Stark Suit dan sebelah kanan pula adalah Homemade Suit.

Marvel Legends adalah patung atau figura aksi yang berdasarkan daripada pelbagai karakter komik Marvel dan filem Marvel. Rekaan patung-patung daripada Marvel Legends agak unik dan berupakan seperti kartun atau animasi. Dari aku kecil lagi aku dah minat dengan mainan Marvel Legends yang dahulunya murah je. Dalam RM60 korang dah boleh dapat dah. Kalau nak bandingkan dengan sekarang yang berharga dalam RM100+ untuk satu patung. Selalunya korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan Toys R Us di Malaysia. Marvel Legends ada yang dijual dalam set (lebih mahal) dan ada yang dijual secara satu patung, satu kotak.

Dengan setiap pembelian satu figura aksinya, korang akan dapat sebuah komponen tambahan yang korang kena kumpul dan perlu dapatkan dari figura yang lain untuk hasilkan satu patung karakter Marvel yang istimewa.

Figura aksi Marvel Legends ini membolehkan korang untuk hasilkan pelbagai jenis gaya yang korang inginkan dengan figura aksi tersebut. Hampir semua sambungan pada anggota mainan tersebut boleh digerakkan sepenuhnya.

Figura Aksi Spider-Man: Homecoming (Stark Suit)

Suit Spider-Man yang terbaru ni, pertama kali kita lihat adalah dalam filem Captain America: Civil War (2016), di mana semua orang naik gila kerana Spider-Man telah kembali ke tangan Marvel semula! Suit yang sama digunakan dalam filem solo Spidey, iaitu Spider-Man: Homecoming (2017).

Suit ini agak unik rekaannya berbanding suit Spider-Man dalam filemnya yang lain termasuk juga suitnya daripada komik-komik Marvel. Reka bentuknya ada pinjam sikit dari suit Spider-Man yang lain seperti logo Spider di belakangnya yang di ambil dari Ultimate Spider-Man. Mata pada suit terbarunya juga boleh bergerak dalam filem dan mengikut kesemua reaksinya seperti dalam komik dan animasi Spider-Man.

dalam kotak spiderman

Figura aksi Spider-Man ini aku dapatkan dari Akihabara, Jepun di mana korang boleh dapatkan berlambak koleksi Marvel Legends yang lain di situ. Cuma harganya lebih kurang sama je dengan yang ada di Malaysia.

Ciri-Ciri Figura Aksi Ini

  • 6 inchi (15.24cm).
  • Tekstur plastik.
  • Berdasarkan daripada karakter dari komik Marvel.
  • Boleh diubah kepada bermacam jenis gaya.
  • Kesemua anggota badannya boleh digerakkan sepenuhnya termasuk bahagian pinggangnya.

Figura aksi ini termasuk dalam set untuk dapatkan sayap Vulture daripada Spider-Man: Homecoming (2017). Set ini memerlukan korang untuk kumpul bersama figura aksi dari Marvel Legends yang lain seperti:

  • Marvel Studios’ Vulture
  • Marvel Studios’ Spider-Man (Homemade Suit)
  • Classic Tombstone
  • Classic Beetle
  • Moon Knight
  • Captain Universe
set marvel legends spider-man

Apa Di Dalam Kotak Marvel Legends Spider-Man?

  • 2 web wings.
  • Beberapa rupa jenis kepala.
  • 2 jenis gaya tangan untuk kedua-dua belah tangan.
  • Termasuk sekali dengan komponen Vulture’s Flight Gear Build-A-Figure.
Marvel Legends Spider-Man dari Hasbro

Korang boleh gayakan figura aksi ini dengan macam-macam gaya yang basic. Tetapi agak terhad dan barang yang datang sekali dengan set ini kalau nak dibanding dengan figura buatan Mafex memang banyak beza. Kalau nak bandingkan harga pu agak jauh juga. Jadi kalau korang nak merasa patung ala-ala Mafex tu, aku rekomen korang beli figura ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More