Komik Percuma dari Marvel Unlimited

Marvel memberikan akses percuma ke tajuk popular mereka selama sebulan semasa pandemik Covid-19 ini bermula dari 2 April.

Tajuk-tajuk komik yang diberikan percuma itu adalah:

  • Avengers Vs. X-Men
  • Civil War
  • Amazing Spider-Man: Red Goblin
  • Black Panther By Ta-Nehisi Coates Vol. 1
  • Thanos Wins By Donny Cates
  • X-Men Milestones: Dark Phoenix Saga
  • Avengers: Kree/Skrull War
  • Avengers By Jason Aaron Vol. 1: The Final Host
  • Fantastic Four Vol. 1: Fourever
  • Black Widow Vol. 1: S.H.I.E.L.D.’S Most Wanted
  • Captain America: Winter Soldier Ultimate
  • Captain Marvel Vol. 1: Higher, Further, Faster, More

Kalau kau sudah lama teringin nak membaca komik Marvel tetapi belum berkesempatan. Inilah masa yang paling sesuai untuk mengisi waktu yang terluang semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Macam Mana Nak Dapatkan Semua Komik Percuma Tersebut

Komik-komik percuma ini boleh dibaca di handphone masing-masing melalui aplikasi Android atau iOS Marvel Unlimited.

Atau pun terus di laman web Marvel.com.

Gunakan login yang sama untuk akses Marvel.com dan juga applikasi Marvel unlimited.

Di aplikasi Marvel Unlimited, sebaik sahaja kau berjaya mendaftar dan log masuk, klik pada butang Free Comics (sila rujuk gambar sebelah kiri sekali di bawah). Semua komik-komik percuma akan disenaraikan.

Gambar yang kanan sekali adalah contoh satu muka surat dari komik Captain Marvel.

Walaupun Marvel hanya senaraikan 12 tajuk sahaja tetapi ia tidak bermaksud hanya 12 komik.

Untuk tajuk Captain Marvel sahaja, kau akan dapat dari keluaran pertama hingga ke enam.

Iaitu Captain Marvel (2014) #1, #2, #3, #4, #5 dan #6.

Kalau kiraan aku betul, terdapat 125 komik yang diberikan percuma berdasarkan apa yang disenaraikan di laman web Marvel.

Dan jangan risau, kau tidak perlu memasukkan sebarang maklumat pembayaran.

Adakah Tawaran Ini Berbaloi?

Sudah tentu!

Komik keluaran Marvel, ataupun DC, berharga lebih kurang USD3.99 setiap keluaran. Berdasarkan caj kredit kad aku semalam untuk pembelian dari luar negara, USD3.99 = RM18.20.

Tapi kan, bila tawaran percuma ni dah habis. Jangan salah kan aku jika kau juga terjebak dengan komik.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *