BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Justice League (2021) – Akhirnya Menjadi Kenyataan

Kita menang!

Itu yang aku boleh katakan selepas hampir 3 tahun peminat DC Comics berkempen di laman media sosial menggunakan #ReleaseTheSnyderCut. Tahun lepas, Justice League: Snyder Cut telah diumumkan dan korang tak tahu betapa terujanya aku selepas tu.

Setelah hampir setahun produksi disambugkan, kita bakal menerima hasilnya pada hari Khamis ini, 18 Mac 2021. Nama rasmi Justice League terbaru ini adalah Zack Snyder’s Justice League dan ia bakal dikeluarkan di HBO Max di US dan juga di HBO Go di Malaysia pada minggu ini. Bagi yang bekerja pada hari Khamis ni, boleh lah korang minta half-day ke dari boss korang ataupun terus ambil cuti satu hari senang.

Sebab korang perlukan 4 jam masa free untuk saksikan filem ini. YA, 4 JAM WEH! Dan apa korang kena tahu, filem ini dibahagikan kepada enam bahagian iaitu:

  • Bahagian 1: Don’t Count on it Batman
  • Bahagian 2: The Age of Heroes
  • Bahagian 3: Beloved Mother, Beloved Son
  • Bahagian 4: Change Machine
  • Bahagian 5: All the King’s Horses
  • Bahagian 6: Something Darker
pasukan justice league

Kenapa Panjang Sangat Filem Justice League Kali Ni?

Zack Snyder mengatakan bahawa filemnya kali ni akan memberikan sekurang-kurangnya 2 jam babak yang tidak pernah dilihat lagi. Namun, Brandon Davis (@BrandonDavisBD) yang merupakan wakil dari comicbook.com yang telah lihat filem terbaru itu, berkata di Twitter bahawa hanya 12% sahaja babak yang kita dah lihat daripada filem Justice League (2021) tersebut. Peratus itu datangnya daripada filem Justice League (2017) yang diarahkan oleh Joss Whedon.

Twitter @BrandonDavisBD

Obviously, memang banyak lagi kejutan yang menanti kita semua pada hari Khamis ni.

Sedikit spoiler di sini bagi yang nak tahu lebih lanjut antara perkara baru yang akan ada dalam filem ini nanti. Antaranya seperti:

  • Babak Knightmare seperti yang kita dah pernah lihat dalam Batman v Superman (2016).
  • Joker yang dilakonkan oleh Jared Leto dari filem Suicide Squad (2016).
  • Kisah Victor Stone aka Cyborg yang lebih mendalam.
  • Versi dan rekaan terbaru Steppenwolf.
  • Kemunculan Darkseid!
  • Black Suit Superman!
  • Lebih banyak aksi baru.

Trailer Terbaru & Terakhir Sebelum Pelancaran!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More