Jualan Musim Panas Playstation Store – Diskaun Sehingga 85%

Malam semalam, pihak PlayStation Asia telah mengumumkan Summer Sale atau Jualan Musim Panas PlayStation Store melalui emel. Jualan murah ini bermula semalam dan akan berakhir pada 21 Ogos 2019. Walau bagaimanapun tarikh tawaran terakhir bergantung kepada tajuk game. Contohnya seperti game Red Dead Redemption 2, jualan untuk game ni akan berakhir pada 14 Ogos.
Apa Yang Menarik Pada Jualan Musim Panas PlayStation Store Kali Ini
Antara yang menarik pada pendapat kami adalah:
- Ghost Recon Wildlands – Digital Standard Edition – RM31.50
- God of War – RM104.30
- The Witcher 3: Wild Hunt – Game of the Year Edition – RM56.70. Kalau nak yang lagi murah ambil yang ni, The Witcher 3: Wild Hunt – RM47.70
- Monster Hunter: World – RM93.00
- Assassin’s Creed Odyssey – Digital Standard Edition – RM110.00
- Days Gone Standard Editon – RM167.30
- Batman: Arkham Collection – RM132.00. Koleksi ini mengandungi Batman: Arkham Asylum, Batman: Arkham City dan Batman: Arkham Knight. Sila rujuk ulasan kami tentang Arkham Knight di sini.
- Red Dead Redemption 2 – RM155.35
Gaji akan masuk dalam beberapa hari sahaja lagi ni. Dah boleh berkira-kira dah ni game apa yang boleh dibeli.