BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Horizon Zero Dawn – Pandangan Pertama

Aku tak terlalu minat dengan game yang melibatkan pengembaraan dan teka-teki ni. Tapi setelah main game Uncharted 4, aku mula rasa seronok dan puas hati bila main game genre tersebut. Pada tahun 2017 yang lalu, Sony telah mengeluarkan game esklusif Playstation terbaru, iaitu Horizon Zero Dawn. Ya, aku tahu. Agak lambat untuk buat review pasal game ni pada tahun 2020 tapi anggaplah kita kembali semula kepada game ni selepas 3 tahun dikeluarkan. Game ni dihasilkan oleh Guirrella Games. Syarikat sama yang mencipta siri first-person-shooter, Killzone pada zaman Playstation 3 dan Xbox 360 dahulu.

Korang mula je main game ni, benda pertama yang akan tarik perhatian korang adalah grafiknya. Jujur aku cakap yang game ni sangat lawa. Peta dalam game ni sangat besar tetapi sekejap je korang akan travel dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Bila bermain tu, korang perlu ambil masa untuk melihat semua detail yang ada dalam game ni. Dunia Horizon sangat luas dan memberi korang kebebasan untuk kemana sahaja yang korang nak. Dari kawasan perhutanan, ke kawasan gerun dan juga kawasan salji!

Satu lagi yang korang akan perasan ialah reka bentuk setiap karakter, makhluk robot, dan juga senjata korang. Aku terpegun dengan tahap detail dalam game ni lagi-lagi pada makhluk robot. Reka bentuk mereka yang sangat unik dengan gabungan antara ciri-ciri futuristic dan robotik. Setiap senjata yang korang miliki pun ada kelebihannya tersendiri, mahupun hanya busur dan anak panah sahaja sebagai senjata utama.

horizon zero dawn thunderjaw
Raksasa yang bergelar Thunderjaw. Antara raksasa yang susah untuk dikalahkan

Apakah Game Horizon Zero Dawn Ni?

Horizon adalah game yang berlaku pada zaman pasca-apokaliptik yang telah diperintah oleh makhluk robot. Korang akan bermain sebagai Aloy, seorang pemburu yang telah disisih oleh masyarakat dalam kawasan tempat tinggal beliau yang dinamakan The Nova Tribe. Beliau telah menyertai satu pertandingan yang dinamakan The Proving. Dengan menangnya pertandingan tersebut, Aloy akan diterima semula ke dalam Nova Tribe. Namun, semua ini berubah apabila masalah datang menyerang kawasan tersebut. Korang akan mengembara ke seluruh peta dalam game untuk mencari jawapan kepada semua perkara yang telah berlaku dalam dunia mereka.

horizon zero dawn karakter aloy

Horizon Zero Dawn: Complete Edition

Disebabkan game Horizon ni dikeluarkan pada tahun 2017, harga bagi Complete Edition game ni dah turun pada harga yang murah kalau korang beli online. Dalam Complete Edition ni korang akan dapat semua DLC skins dan pack sekali dengan pembelian. Korang boleh dapatkan di Lazada dengan harga serendah RM75.00 bagi PS4.

2 Comments
  1. nani says

    Not playstation exclusive anymore xD

  2. HD says

    Apparently not. PC dah dapat merasa hahahah

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More