BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Harga Langganan PS Plus Meningkat Mulai 1 Ogos

Ramai sahabat agak terkejut apabila mendapat emel dan juga notifikasi di konsol PS4 masing-masing pada hari Jumaat lepas tentang kenaikan harga langganan PlayStation Plus.

Peningkatan harga akan berkuat kuasa 1 Ogos 2019, yang melibatkan langganan 12 bulan, tiga bulan dan satu bulan. Harga langganan selama 12 bulan akan dinaikkan dari RM129 kepada RM159. Sementara itu, langganan tiga bulan akan dinaikkan dari RM43 kepada RM69, dan langganan satu bulan dari RM21 kepada RM29.

Jika kau telah mengaktifkan pembaharuan auto, selepas 1 Ogos secara automatik pembaharuan langganan akan dikuatkuasakan dengan harga baru. Namun begitu, pihak Sony Interactive Entertainment (SIE) membenarkan langganan diperbaharui lebih awal iaitu sebelum tempoh tamat. Sehingga 31 Julai 2019, kau boleh lagi memperbaharui langganan PlayStation Plus pada harga semasa. SIE akan tambah ke atas tempoh keahlian sedia ada. Rujuk Playstation Asia.

Jika kau ingin membatalkan pembaharuan automatik, sila rujuk langkah-langkahnya di sini.

Kenaikan Harga Langganan PS Plus Turut Melibatkan Negara-Negara Lain di Asia dan Eropah

China (CNY):
1 Bulan Langganan: 29 -> 39
3 Bulan Langganan: 69 -> 99
12 Bulan Langganan: 209 -> 239

Germany (EUR):
1 Bulan Langganan: 8.99
3 Bulan Langganan: 24.99
12 Bulan Langganan: 59.99

Hong Kong (HKD):
1 Bulan Langganan: 38 -> 48
3 Bulan Langganan: 88 -> 128
12 Bulan Langganan: 268 -> 308

Indonesia (IDR):
1 Bulan Langganan: 55,000 -> 89,000
3 Bulan Langganan: 123,000 -> 229,000
12 Bulan Langganan: 350,000 -> 559,000

Norway (NOK):
1 Bulan Langganan: 65 -> 85
3 Bulan Langganan: 205 -> 240
12 Bulan Langganan: 485 -> 580

Perancis (EUR):
1 Bulan Langganan: 8.99
3 Bulan Langganan: 24.99
12 Bulan Langganan: 59.99

Singapore (SGD):
1 Bulan Langganan: 6.9 -> 8.9
3 Bulan Langganan: 14.9 -> 21.9
12 Bulan Langganan: 43.9 -> 53.9

South Korea (KRW):
1 Bulan Langganan: 6,300 -> 7,500
3 Bulan Langganan: 15,500 -> 18,800
12 Bulan Langganan: 1,800 -> 44,900

Sweden (SEK):
1 Bulan Langganan: 95.00
3 Bulan Langganan: 260.00
12 Bulan Langganan: 620.00

Switzerland (CHF):
1 Bulan Langganan: 7.90 -> 9.90
3 Bulan Langganan: 24.90 -> 27.90
12 Bulan Langganan: 59.90 -> 69.90

Taiwan (TWD):
1 Bulan Langganan: 168 -> 198
3 Bulan Langganan: 388 -> 488
12 Bulan Langganan: 1,088 -> 1,188

Thailand (THB):
1 Bulan Langganan: 170 -> 210
3 Bulan Langganan: 410 -> 490
12 Bulan Langganan: 1,130 -> 1,190

Sumber harga negara lain: PSN Profiles. Korang rasa macam mana, patut diteruskan lagi melanggan PlayStation Plus?

Setakat 2018, kami masih berpuas hati dengan game percuma yang diberikan kepada pelanggan PS Plus.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More