BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Godfall Akan Tiba ke PlayStation 5

Godfall adalah permainan pertama yang diumumkan sebagai PlayStation 5 launch title.

Permainan ini akan menjadi permainan esklusif untuk konsol PS5. Maaf ya geng Xbox. Tetapi korang jangan risau, ia juga boleh dimainkan di PC melalui Epic Games Store.

Godfall – Reveal Trailer and The Games Awards Interview

Jika kau tengok reveal trailer nya sahaja, tak banyak yang diketahui tentang game ini. Tetapi dari temuramah ringkas selepas reveal trailer di atas, tweet rasmi Godfall dan juga laman sesawang rasmi Godfall, ia adalah sebuah game melee combat.

Godfall digambarkan sebagai aksi-RPG orang ketiga yang dibina untuk co-op (ia juga boleh dimainkan solo) dan looting.

Ia dipanggil looter-slasher, tapi aku tak tahu macam mana nak terjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Jom kita kumpul duit dari sekarang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More