BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Game PS5 Yang Akan Datang

Kita telah menghampiri pengakhiran kuarter pertama tahun 2021. Laju je masa berlalu. Rasa macam baru je hari tu game Spider-Man: Miles Morales dikeluarkan untuk PS5 dan juga PS4. Malangnya, tu tahun lepas.

Tidak mengapalah. Yang dah lepas tu jangan dikenang. Jom kita fokus untuk game-game yang akan dikeluarkan bagi PS5 dalam tahun ini yang patut korang bagi tumpuan. Jangan risau, kesemua game ini juga akan dikeluarkan untuk PS4. Tapi kalau nak grafik yang lagi mantap berserta ray-tracing, beli lah PS5 guys. Ada antara game-game ini dikeluarkan eksklusif untuk Playstation sahaja dan ada juga yang akan dikeluarkan untuk platform yang lain.

Okay dah boleh buka kalendar korang dan sedia untuk set date.

1. Returnal

returnal game ps5
  • Tarikh keluar: 30 April 2021
  • Platform: Playstation

Terletak di planet musuh di mana karakter korang, Selene, terperangkap dalam kitaran berterusan. Game ini dikatakan akan mengubah “permainan roguelike menjadi third person shooter“.

Setiap kali karakter korang mati, planet tersebut akan sentiasa berubah bentuk dan persekitaran, jadi nampaknya korang perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Agak menarik juga konsep game ni.

Dalam gameplay yang telah ditunjukkan sebelum ni, game Returnal ini memberi rasa misteri dan menarik perhatian pemain seperti korang terperangkap dalam realiti dunia yang berbeza dan korang perlu bertempur secara fast pace dengan kehidupan dan musuh dalam planet tersebut untuk melepaskan diri daripada cengkaman realiti yang aneh itu. Jelas bahawa game tersebut fokuskan elemen misteri bercampur aksi yang jelas akan membuatkan kita ingin mengetahui lebih banyak lagi.

Korang dah boleh mula pre-order game ni di sini.

2. Resident Evil: Village

resident evil 8 ps5
  • Tarikh keluar: 7 Mei 2021
  • Platform: Playstation, Xbox, PC

Entri terbaru ini berlaku beberapa tahun selepas peristiwa dalam Resident Evil 7, yang menampilkan Ethan dan Mia. Namun, karakter baru yang dikenali akan kembali dan dia seakan menimbulkan masalah bagi Ethan.

Kemudian, Chris Redfield memasuki tempat kejadian yang akan memulakan rangkaian peristiwa yang membawa Ethan ke sebuah kampung misteri yang terdesak untuk mendapatkan jawapan kepada perkara pelik yang berlaku di situ.

Korang dah boleh mula pre-order game ni di sini.

3. Deathloop

deathloop game ps5
  • Tarikh keluar: 21 Mei 2021
  • Platform: Playstation, PC

Kita telah mendapatkan pandangan pertama untk game Deathloop ini ketika acara Future of Gaming Sony, dan nampaknya ia akan menghasilkan aksi pembunuhan seakan ‘Ground Hog Day‘. Deathloop melihat dua pembunuh upahan yang bersaing dan terkunci dalam satu kitaran masa dengan 8 sasaran untuk dihapuskan.

Colt, salah seorang pembunuhan upahan tersebut, sangat tidak sabar untuk hapuskan sasaran, sementara Juliana ingin melindungi mereka dari bahaya. Kita dapat melihat aksi pertempuran first-person dengan pelbagai unsur supernatural yang akan menarik minat pemain dengan lebih lanjut untuk belajar lebih banyak mengenainya.

4. Final Fantasy VII Remake: Intergrade

ff7 remake ps5
  • Tarikh keluar: 10 Jun 2021
  • Platform: Playstation 5 sahaja

Game ini merupakan versi Remastered untuk konsol PS5 sahaja (setakat yang diberitahu). Versi ini akan memanfaatkan spesifikasi dan kuasa konsol baru yang lebih baik untuk menghasilkan visual dan prestasi yang lebih mantap! Terutama sekali dengan adanya kebolehan 4K berserta 60fps gameplay dan ray-tracing. Korang juga akan dapat experience episod baru yang menampilkan ninja, Yuffie Kisaragi, yang misinya adalah menyusup masuk Sinra Corporation.

Sekiranya korang dah muat turun Final Fantasy VII Remake di PS4, korang akan dapat versi PS5 ini yang telah dinaik taraf secara percuma. Tapi korang masih perlu bayar untuk episod baru itu. Oh tidak lupa, Final Fantasry VII Remake ini adalah percuma bagi yang langgan PS Plus pada bulan Mac ini, tapi korang masih perlu bayar untuk upgrade PS5 itu juga.

5. Ratchet & Clank: Rift Apart

ratchet clank ps5
  • Tarikh keluar: 11 Jun 2021
  • Platform: Playstation

Ratchet & Clank: Rift Apart adalah pengembaran baru yang mengikuti duo yang dinamik melalui (nampaknya) beberapa dimensi yang berbeza, dengan pelbagai alat baru yang akan digunakan. Kali ni, ada juga Lombax wanita yang akan muncul, namun kita belum tahu namanya. Mungkinkah kita akan diberi pilihan protagonis lain?

6. Kena: Bridge of Spirits

kena game ps5
  • Tarikh keluar: 21 Ogos 2021
  • Platform: Playstation

Game terbaru keluaran Ember Lab Studio untuk PS5 ini kelihatan sangat ajaib dan unik. Game ni aku boleh katakan seperti gabungan antara Uncharted dan elemen daripada Destiny.

Dengan dunianya yang indah lengkap dengan makhluk kabur kecil yang dikenali sebagai Rot yang bertindak sebagai teman spirit korang yang dapat memanipulasi alam sekitar, Kena: Bridge of Spirits dengan serta-merta menarik minat kami. Walaupun masih banyak yang kita belum tahu lebih lanjut tentang game ni, ia digambarkan seperti:

“pengembaraan aksi berdasarkan jalan cerita di dunia ajaib yang kaya dengan penerokaan dan pertempuran (combat) pantas.”

7. Horizon Forbidden West

horizon 2 ps5
  • Tarikh keluar: TBA
  • Platform: Playstation

Horizon Forbidden West adalah sekuel lama yang dinanti-nantikan dari Horizon Zero Dawn yang terkenal dan diumumkan semasa acara permainan Sony PS5 pada bulan Jun 2020 yang lepas.

Akan datang ke PS5, dan mungkin juga ke PS4, Horizon Forbidden West meneruskan kisah Aloy dan membawanya ke perbatasan liar Amerika, dengan treler yang menunjukkan bahawa kita akhirnya dapat menyelam di dalam air kali ni. Namun, kita tidak melihat lebih banyak tentang game tersebut semasa siaran langsung acara PS5 pada bulan September, sayangnya, tetapi kami telah melihat cukup banyak untuk mengetahui bahawa kami gembira dengan potensi open-world game ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More