BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Game Bola Sepak – PES 2020 vs FIFA 20

Bila bersembang tentang game bola pada konsol PS4, hanya 2 sahaja game bola sepak yang akan dibandingkan. FIFA dan PES, dan kedua-duanya bakal mengeluarkan FIFA 20 dan PES 2020 tidak lama lagi.

FIFA 20 akan dikeluarkan pada 27 Sept 2019. Manakala PES 2020 akan keluar lebih awal pada 10 Sept 2019. Demo permainan PES juga sudah boleh dicuba mulai 30 Julai 2019. Ia boleh dimuat turun ke Xbox One, PlayStation 4 and Steam. Kapasiti 5404MB diperlukan untuk dipasang di PC.

eFootball Pro Evolution Soccer 2020

Atau lebih dikenali sebagai PES 2020 sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Perubahan yang paling ketara ialah pada nama game itu sendiri. Ada tambahan eFootball di depan. Fokus Konami untuk keluaran kali ini adalah kepada e-sukan untuk pemain berentap antara satu sama lain dalam talian.

PES adalah salah satu dari game rasmi SUKMA 2020. Mungkinkah PES 2020 akan digunakan?

PES 2020 juga telah mengejutkan EA Sports dengan menandatangani hak esklusif dengan Jeventus. Secara langsung menyebabkan FIFA 20 tidak boleh menggunakan nama Jeventus (digantikan dengan Piemonte Calcio), jersi dan logo pasukan Juventus. Termasuk juga Stadium Allianz.

Tapi, bila dah dapat Cristiano Ronaldo kenapa letak Miralem Pjanic pada cover depan PES 2020?

https://twitter.com/officialpes/status/1156112250089943047

PES 2020 masih mengekalkan perkongsian bersama Barcelona dan Arsenal, tetapi menggantikan Liverpool dengan Manchester United. Konami juga menambah Bayern Munich dan Stadium Allianz Arena adalah esklusif untuk PES 2020.

game bola sepak barcelona messi

Gameplay PES 2020

PES 2020 memperkenalkan sudut kemera baru dan juga kemahiran menggelecek yang baru dalam keluaran kali ini.

Untuk ulasan gameplay PES 2020, sila rujuk laman web JomGaming.my. Mereka juga telah dijemput ke Singapura untuk menghadiri acara percubaan eFootball PES 2020. 

Adakah perubahan-perubahan ini akan menarik minat peminat game bola sepak FIFA 20 untuk mencuba PES 2020 selepas ini?

FIFA 20

FIFA masih memegang hak Champions League sejak memperolehinya pada tahun lepas dan digunakan dalam FIFA 19. Ini juga bermakna Liverpool bukan lagi rakan kongsi rasmi PES 2020 setelah Liverpool memenangi Champions League baru baru ini.

Selain dari itu, FIFA 20 juga memperkenalkan mod permainan baru – Volta Football. Mungkinkah ini akan mengekalkan minat pada FIFA 20?

Mod ini boleh dimainkan di 17 stadium di seluruh dunia termasuk Tokyo Rooftop di mana pertandingan diadakan di atas bumbung bangunan .

Game Bola Sepak Jer Pun

Ya, mungkin PES 2020 dan FIFA 20 hanyalah game bola sepak, tetapi persaingan antara keduanya sama seperti persaingan antara siri CoD dan Battlefield.

Dengan kos setiap game baru melebihi RM200 sudah tentu bukan semua boleh membeli kedua-duanya sekali.

Kalau duit adalah penghalang, then ada 2 benda yang patut kau pertimbangkan:

  • Minat – kau minat yang mana satu?
  • Demo – Cuba demo kedua-dua game bola sepak ini sebelum membuat keputussan.
Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More