BudakGamer.com
Iā€™m a gamer, always have been.

Final Fantasy VII Remake Eksklusif Di PS4 Hingga April 2021

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan untuk PS4 pada 10 April 2020.

Final Fantasy VII Remake ialah satu lagi permainan eksklusif di PS4, tetapi hanya sehingga April tahun depan iaitu setahun selepas dilancarkan di PS4.

Ini dipanggil timed exclusive.

Square Enix tidak menamakan konsol atau platform lain yang akan menerima Final Fantasy VII Remake. Pada pendapat aku, mungkin FF7 Remake ini akan dilancarkan untuk PC, Xbox One dan juga konsol next-gen PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Apa yang aku baca di GameInformer sebelum ini, Final Fantasy VII Remake ini akan dipecahkan kepada beberapa bahagian. Permainan yang akan dilancarkan pada 10 April ini adalah bahagian pertama dan kemungkinan besar apabila bahagian kedua dilancarkan, ia mungkin boleh dimainkan di konsol PS5.

Ini tidak mustahil sebab timed exclusive untuk PS4 hanya sehingga April tahun depan. Pada masa itu, PS5 dan Xbox Series X pun dah dilancarkan. Kalau ia hanya untuk PC dan Xbox One, then buat apa beli kalau dah upgrade ke Xbox Series X. Dan kalau dilancarkan juga untuk Xbox Series, tak kan tidak ada untuk PlayStation 5.

Banyak nya kalau šŸ˜€

Final Fantasy VII Remake

Dah lah, jangan risau sangat pasal tu. Yang penting sekarang, berbaloi atau tidak untuk dapatkan Final Fantasy VII Remake ni? Untuk itu, apa kata kita cuba demonya dulu.

Demo Final Fantasy VII Remake Sudah Boleh Dimainkan di PS4

Muat turun di sini.

Square Enix telah melancarkan demo percuma ini pada awal bulan March lepas. Demo ini bersaiz 7.51GB dan akan mengambil masa sekitar satu jam lebih untuk dihabiskan bergantung kepada kemahiran tempur.

Banyak kali mati, jadi perlahan lah šŸ˜›

Menurut PlayStation Store:

  • Demo FF7 Remake membenarkan kau mencuba babak pertama sahaja.
  • Kau tidak boleh membawa apa-apa kemajuan dalam versi demo apabila membeli versi penuh FF7 Remake. Too bad.
  • Kau akan dapat sebuah tema FF7 esklusif untuk PS4 anda pada hari pelancaran FF7R kalau demo dimuat turun sebelum 11 Mei 2020.
  • Yang tak best, tak boleh save. Versi demo ni kena main dari mula sampai habis. Kalau mati boleh restart bahagian tu tapi kalau keluar dari game, kena mula dari awal.

Pandangan Pertama Final Fantasy VII Remake

Ulasan ini adalah berdasarkan kepada versi demo, bukan versi penuh.

FF7 menceritakan mengenai Cloud Strife yang berkerjasama sebagai askar upahan dengan ahli-ahli organisasi eco-terrorist AVALANCHE yang diketuai oleh Barret Wallace. Misi mereka adalah untuk memusnahkan Mako Reactor 1. Mereka berdua dibantu oleh Biggs, Wedge, dan Jessie.

Mako Reactor 1 ialah salah satu kemudahan janakuasa bandar Midgar.

Layan 60 minit pertama Final Fantasy VII Remake di Youtube BudakGamer

Grafik dan Muzik Latar Final Fantasy VII Remake

Final Fantasy VII adalah antara permainan yang pertama aku beli masa mula-mula menggunakan konsol PS1. Selepas 22 tahun, dengan teknologi yang lebih canggih pada masa sekarang, grafik permainan FF7 Remake ini sungguh mempersonakan. Kualiti yang kau memang jangkakan dari Square Enix.

Tidak banyak yang boleh aku komen tentang grafik kecuali ianya sungguh mengagumkan. Mungkin lebih banyak boleh diperkatakan bila aku dah ada cukup duit untuk membeli full game šŸ˜›

Begitu juga dengan muzik latar. Grafik dan jalan cerita disokong dengan baik oleh muzik latar. Kena jer dengan apa yang sedang berlaku. Ia berubah mengikut mood permainan.

Watak-Watak Dalam FF7

Kalau di PS1 dulu kau kena baca, sekarang watak-watak dalam FF7 ini akan bercakap dengan kau. Disokong dengan memek muka dan juga emosi. Menghidupkan lagi jalan cerita FF7 yang dari dulu bagi aku memang tak masuk akal … kekekekekeke.

Paling best kau dapat mengenali setiap watak mereka terutamanya Jessie yang kerap kali seperti cuba untuk menggoda Cloud.

Boleh dikatakan sebahagian besar permainain ini akan dihabiskan dalam pertempuran, watak-watak ini membantu dalam penceritaan dan juga memberikan sedikit ruang kepada pemain untuk merehatkan tangan selepas bertempur.

Pertempuran

Kau perlukan sedikit masa untuk memahirkan diri sebab FF7 Remake bukan lagi Turn-Based Combat.

Kali pertama mencubanya dengan boss babak pertama aku mati. Tetapi berjaya dalam kali kedua dan aku lebih suka apabila pertempuran ditukar kepada mod aktif ini.

Semasa kau mengawal satu watak dalam pertempuran, watak yang lain akan bertindak secara automatik. Walaupun begitu kau masih perlu bertukar ke watak-watak lain untuk menggunakan kelebihan istimewa mereka.

Jika kau hanya mainkan satu watak, watak-watak lain akan menyerang dengan serangan biasa-biasa sahaja. Ini sebab utama aku kalah dengan boss babak pertama pada mulanya.

Bagi aku, ini menjadikan FF7 Remake menarik.

Apabila kau perlu untuk menggunakan sihir, item penyembuhan atau keupayaan khas watak tersebut, pertempuran seperti diperlahankan. Walaupun mod aktif, kau masih lagi boleh menguruskan watak, cara serangan dan juga penyembuhan dengan baik. Hebat!

Itu sahaja buat masa ni.

Berbaloi ke Tidak FF7 Remake?

Game ini memang berbaloi untuk dibeli. Grafik best dan pertempuran dalam mod aktif memberikan kesegaran kepada permainan yang berusia 22 tahun ini.

Final Fantasy VII Remake akan keluar dalam 2 hari. Sempat lagi nak cuba demo.

1 Comment
  1. DenAbahKau says

    Nampaknya berlaku kekalutan buat semua pembeli yang membuat pre-order Final Fantasy VII (FF7) Remake. Bahasa tidak dilabelkan menyebabkan ada yang mendapat versi bahasa Chinese/Korean. PlayStation Asia telah memutuskan untuk memulangkan semula duit kepada pelangan yang tidak mendapatkan FF7 dalam bahasa yang dikehendaki mereka.

    Mujo aku tengah kopak.

    Details here https://asia.playstation.com/en-my/important-notice/2019/20200411-LanguageVersionIssuesForFFVIIR/

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More